Praeklampsia
Pernah dengar pasal praeklampsia (pre-eclampsia)??
Ada yang pernah dengar dan mungkin juga tak pernah dengar...Seperti yang saya janjikan beberapa hari yang lepas saya akan kongsikan info pasal praeklampsia (dah seminggu sebenarnya). Jom sama-sama baca:-
Apa itu praeklampsia?
Praeklampsia ialah keadaan yang
dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua
kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah
yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan
berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein
dalam air kencing.
Ada seorang kawan di tempat kerjaku menghadapi masalah ini semasa mengandung. Sehingga kini dia masih menjadi rutin ke hospital kerana tekanan darahnya tidak stabil.
Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.
Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.
Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.
Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?
Praeklampsia ringan berlaku bagi 7
daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1
dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh
kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.
Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
- Berumur 40 tahun atau lebih;
- Tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
- Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
- Mengandung kembar or berganda;
- Mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
- Telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.
Bagimana mencegahnya?
Tiada cara yang pasti untuk mencegah
praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi
anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji
antenatal anda. Ujian air
kencing dan bacaan
tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda
hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal
praeklampsia.
Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.
Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.
Garam Epsom
Sumber Baby Center
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Saya bru tau ni.. Wlaupn tak Bhaya Sgt pada ibu, tapi baby la agak risiko kan.. Kna bertindak dgn berbincang dgn doctor scepat mungkin lah klu ada mcm ni...
BalasPadamBAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??
Praexlampsia yang tidak terkawal memang bahaya kan? Sebab ada 2 orang kawan yang kena bersalin awal disebabkan masalah ni..
BalasPadamPenyakit G6PD dan pantang larangnya
Sekarang baru faham
BalasPadamJommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
wah baru tahu saya penyakit ini, kepada anda ibu hamil di luar sana jangan lupa untuk ambik set hamil agar senantisa sihat dna jauh dari penyakit semasa hamil.
BalasPadamJom baca Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan
Lakukan pemeriksaan doktor utk langkah pencegahan awl
BalasPadamATASI MASALAH KEDINGINAN
Mmg bahaya, jgn la ignorance tentang appointment prenatal utk mengesan awal risiko sebegini
BalasPadamthanks for info
Kena jaga-jaga sewaktu hamil ni
BalasPadamPanduan Cara Pernafasan Ketika Bersalin
baru tahu tentang penyakit ini...patut lah setiap kali cek up, mesti nk kena kencing dan cek darah... time tuu terfikir jugak.,buat ape lah tiap kali dtg nk cek semua tuu... sekarang dah tahu dah ape tujuan nya...
BalasPadampatutlah kalau berat badan naik mendadak atau ada protein dlm air kencing nurse akan suruh checkup tiap minggu bagi nak kawal semua tu.. rupanya ada sebab ye.. nasib lah ari tu berat saya tak naik mendadak sgt, dpt dikawal lagi.. risaunya, bg ibu-ibu hamil diluar sana jgn la nak ngelat kalau nurse atau doktor suh dtg checkup tiap mggu..
BalasPadamBanyak yg ibu hamil kena jaga kan..kena ada support dr suami dan keluarga juga
BalasPadamWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.
BalasPadam