Ahad, 30 November 2014

Tips Pindah Rumah

Tips Harian - Pindah Rumah


Bilamana seseorang yang beli rumah dapat kunci perkara yang akan mula difikirkan adalah kemas rumah. Kebanyakan orang menghadapi masalah tak tahu dari mana nak mula mengemas rumah untuk berpindah ke rumah baru.


Oleh itu, berpindah rumah kadang-kadang boleh menimbulkan rasa stress. Nak packing, nak organize, sewa lori, mohon pertolongan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Jom saya kongsi beberapa tips untuk mempermudahkan proses berpindah rumah.

1. Dapatkan kotak-kotak percuma dari kedai runcit. Biasanya pekedai akan longgokkan di hadapan kedai untuk dibuang, jadi minta kebenaran jer. Jimat, tak perlu beli kotak.
 

2. Ambil gambar cable/wayar barangan elektronik sebelum dicabut dan dimasukkan dalam kotak, nanti senang nak rujuk bila nak pasang balik.
 

3. Pakaian biarkan tergantung dengan hanger sekali, masukkan kesemuanya ke dalam plastik bag sampah hitam yang besar, balut elok-elok dan labelkan. Bila dah sampai nanti senang, buka dan gantung terus.
 

4. Asingkan satu kotak untuk simpan barang-barang kegunaan untuk keesokan harinya seperti beberapa baju, beberapa pinggan mangkuk, toiletries dan apa saja yang dirasakan perlu untuk kegunaan keesokan hari selepas berpindah. Tak perlu selongkar semua kotak untuk mendapatkannya.
 
5. Gunakan pinggan foam untuk packing pinggan-pinggan kaca.
 

6. Guna wrapper plastik untuk wrapkan almari berdrawer, biarkan barang-barang dan baju-baju di dalamnya, mudah bila dah sampai just buka plastic wrap saje.
 
7. Potong kotak dan buat 'separator' dan packkan segala gelas dan cawan.
 
8. Jangan campur aduk barangan bilik-bilik berbeza dalam kotak yang sama, nanti pening kepala nak susun balik.
 

9. Masukkan skru, bolts dan sebagainya ke dalam plastik ziplock dan labelkan, nanti nak pasang balik perabot tu senang sikit.
 
10. Potong tepi kotak bentuk segitiga untuk dijadikan 'handle' senang nak angkat kotak.
 
11. Gunakan gelung getah untuk elakkan pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Senang nak keluar masuk.
 
12. Asingkan produk-produk bercecair untuk elakkan barang-barang basah kalau tertumpah.

Semoga info ini berguna dan selamat berpindah serta deko rumah baru.

Follow koleksi tips di: http://smarturl.it/DRKSKnahar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

14 ulasan:

  1. Bagus info ni sebab tak semua orang yang kemas dengan teliti... Kadang2 ade yang main campak2 je kan.. pastu susah nak cari balik... hihihi

    Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun main campak gak masa pindah dulu..

      Padam
  2. Bagusnya.. Tak terfikir plak utk tgkap gmbar wire sblm cabut.. tips yg amat Berguna.. N blh follow ni..

    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya pun tak terfikir cmtu..nasib baik hsband terer bab ni

      Padam
  3. Info pindah rumah yang sangat bagus. Lebih mudah mengemas jika barang-barang disimpan dalam kotak yang ditandakan dan tidak bercampur.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    BalasPadam
  4. Satu info yang amat berguna untuk mereka yang ingin berpindah ke rumah baru

    BalasPadam
  5. Kalau saya teruja nak pindah rumah. Hihi. Bagus tips ni. Boleh diamalkan :)

    BalasPadam
  6. Good info..nak berpindah lagi ni..boleh guna tips ni

    Tingkatkan Daya Fokus Anak

    BalasPadam
  7. dulu rajin pindah pindah... banyak jugak barang2 yg hilang entah kemana.. mungkin terbuang.....

    BalasPadam
  8. Dapatkan kotak untuk pindah rumah �� ��/ pejabat �� ��yang dijamin berkualiti dan tahan lama.

    Dengan penambahbaikan pada kualiti dan permukaan kotak, harga tetap sama!! RM6.50 sekotak sahaja. Apa tunggu lagi.����������

    �� Data kotak :
    �� Baru
    �� Saiz P x T x L | 458mm / 18inci
    �� Double wall
    �� Ketebalan 180
    Ⓜ M Fluet
    ♻ T 180/M/180 BAF

    �� min order 5pcs = RM32.50
    �� Self collect
    �� Delivery caj RM30 sekitar KL utk 50pcs ke bawah

    �� Senarai harga
    10pcs = RM65.00
    15pcs = RM97.50
    20pcs = RM130.00
    30pcs = RM195.00
    40pcs = RM260.00
    50pcs = RM325.00
    100pcs = RM600.00 (anda jimat RM50!!)

    �� Call / SMS / WhatsApp 0173069707
    �� No 13-T, Blok 13
    Kedai Flat Sri Pulau Pinang
    56100 Kuala Lumpur
    ��Dibuka Isnin - Jumaat
    ��9am - ��6pm

    ��Selepas waktu pejabat, hari Sabtu dan Ahad atau cuti perayaan boleh dapatkan di alamat dibawah :
    �� Kuarters Institut Pendidikan Desa Perwira
    Jalan Pria, Taman Maluri
    KL

    ���� www.kotakmurah.com

    Lain-lain packaging material :
    1. Tape RM4.00
    2. Tape cutter RM3.50
    3. Strecth film RM23.00
    4. Newsprint RM70.00
    5. Bubble Roll RM120.00

    #kotak
    #sewalori
    #pindahrumah
    #tape
    #shrinkwrap
    #strecthfilm
    #newsprint

    BalasPadam