Isnin, 6 April 2015

Perlukah Multivitamin Ketika Hamil


Apabila seorang wanita di sahkan hamil, bakal ibu mesti terlalu teruja untuk menjaga kandungan, bakal ibu mengambil banyak suplemen tambahan selain yang dibekalkan oleh doktor. Ianya bertujuannya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan mahu anak lahir cergas dan bijak.

Namun begitu, persoalannya yang selalu timbul, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? 


Sebenarnya selagi kehamilan yang dilalui sihat dan tidak bermasalah, cuma dua sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.

Kebiasaanya Doktor akan membekalkan suplemen ini diawal kehamilan lagi.Bagi yang merancang kehamilan juga dua vitamin tersebut juga dicadangkan. Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang berkhasiat. Diet seimbang adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi  bagi ibu dan bayi.

Makanan yang berkhasiat perlu mengandungi empat kumpulan makanan berikut:

*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.

*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.

Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.

Tapi pengalaman saya, diawal kehamilan alahan akan menyebabkan sukar untuk makan makanan yang berkhasiat, jadi apa sahaja makanan yang boleh diterima oleh tekak saya akan makan. Secara alternatifnya saya mengamalkan pengambilan supplemen multivitamin untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat sumber nutrien yang diperlukan.


Saya amalkan vitamin diatas semasa hamil dan sambung untuk berpantang.

SET HAMIL DAN BERPANTANG


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh