Kebiasaanya wanita mengandung terutama anak sulung mesti teruja untuk melakukan imbasan keatas bayi dalam kandungan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Dulu-dulu imbasan/skan 2D sahaja namun sekarang dah ada yang 3D dan 4D. Masa anak pertama dan kedua saya hanya meggunakan 2D, namun anak ketiga saya menggunakan 3D kerana perkhidmatan yang begitu telah diperkenalkan. Namun menurut doktor yang membuat imbasan tersebut beliau lebih yakin dengan 2D untuk mengetahui jantina bayi.
Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang
menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang dilihat dalam surat
khabar dan majalah.
Skan 4-D adalah imej 3-D bayi yang bergerak. Jika
anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.
Skan 3-D semasa 14 minggu |
Anda mungkin menunggu-nunggu skan pertama anda,
tetapi menjadi kecewa apabila melihat rangka kelabu kabur yang merupakan imej
dua-dimensi yang biasa. Ini disebabkan skan terus menembusi bayi, jadi
foto-foto itu menunjukkan organ-organ dalaman bayi.
Anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi
anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara
kasar samada rupanya seakan mama atau abah.
Skan 3-D semasa 26 minggu |
Dari kaca mata perubatan, manfaat skan 3-D dan
4-D agak terbatas. Ada kalanya ia berguna bagi memberikan maklumat tambahan
tentang keabnormalan yang sudah diketahui. Oleh sebab skan-skan ini mampu
menunjukkan lebih detil dari sudut-sudut berlainan, ianya boleh membantu dalam
diagnosis masalah seperti bibir rekah. Ini membantu doktor merancang pembetulan
selepas kelahiran. Skan 3-D juga berguna bagi melihat jantung dan organ-organ
dalaman yang lain.
Skan seperti ini juga selamat seperti skan biasa,
sebab imejnya terdiri dari bahagian-bahagian imej dua dimensi yang dijadikan
gambar. Belum ada sebarang kesan buruk yang didapati, walau bagaimanapun
pakar-pakar mengesyorkan supaya skan dijalankan atas sebab-sebab perubatan
sahaja, oleh pengamal yang berkelayakan penuh.
Skan 3-D semasa 26 minggu |
Masa paling baik untuk mendapatkan skan 3-D atau
4-D adalah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu bayi anda
mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh
ternampak melalui kulit. Selepas 30 minggu kepalanya mungkin telah masuk agak
dalam di pelvis anda, jadi anda mungkin tak dapat lihat muka bayi anda.
Sudah tentu anda mahu lihat muka bayi anda dalam
skan itu, tetapi ini tak selalunya berlaku - semuanya bergantung atas posisi
bayi anda. Jika dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion
mengelilingi raut mukanya, anda akan dapat lihat mukanya dengan jelas. Tetapi,
jika dia terbaring menghadap belakang anda, atau tidak begitu banyak cecair
mengelilinginya, atau jika anda mempunyai banyak lemak perut, tidak banyak yang
dapat dilihat.
Kadangkala doktor akan menyuruh anda pergi
berjalan-jalan dahulu atau datang lagi dalam masa seminggu apabila bayi anda
telah beralih ke posisi yang lebih baik. Jika betul-betul tidak dapat melihat
mukanya dengan jelas, anda boleh melihat jari-jari tangan dan kakinya.
Selamat melakukan imbasan bayi anda di
hospital atau klinik berdekatan. Sekarang kebanyakan klinik dan hospital
menawarkan perkhidmatan tersebut.
Sumber: http://www.babycenter.com.my
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??