Ramai dikalangan kita tidak suka minum air putih/air kosong, ramai yang suka air yang berwarna dan berperisa. Hakikatnya air kosong /putih adalah sangat berguna kepada tubuh badan kita. Antara kepentingan air putih yang berguna untuk semua:-
1.
Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti
kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
2.
Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam
tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui
perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut
kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.
3.
Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan
mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih.
Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak
aktif untuk membakar lemak.
4.
Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot
tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh
menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah
membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
5.
Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi
fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya
mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat
yg cukup.
6.
Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan
jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air
sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air
sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur
akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan,
tetapi juga sihat dan murah.
7.
Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui
proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti-aktiviti lain. Jadi kita perlu menggantikan
air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus
meningkatkan kadar metabolisme.
8.
Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman,
pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh
dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi
itu anda tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.
9.
Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan
air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut
individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan
dalam kegiatan harian.
10.
Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada
melalui pemakanan atau di pusat-pusat kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya
minum banyak air.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh