Ahad, 12 April 2015

Selamatkah Minum Kopi ketika hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Pagi ni saya teringin sangat nak minum kopi jadi masak air dan buat kopi, satu untuk en suami dan satu untuk saya. Sebenarnya saya dalam usaha nak mengurangkan pengambilan caffien. Dalam seminggu ambil sekali atau dua kali sahaja.Jika anda adalah seorang peminum kopi yang tegar tentu sukar meninggalkannya walaupun setelah disahkan hamil.

Kopi merupakan minuman yang kaya dengan kafein. Seperti diketahui kafein bersifat diuretik yang mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil. Ini bukan bermakna ibu hamil langsung tidak boleh minum air kopi cuma jika sebelum ini anda mengambilnya empat hingga lima cawan sehari, cuba secra berasur-ansur kurangkan kuantiti pengambilan. Ini kerana berhenti serta merta pengambilan kopi bagi peminum tegar akan membuatkan tubuh menjadi tidak selesa dan mengganggu keseimbangan diri. 

Apa kata ambil langkah-langkah berikut bagi mengawal pengambilan kopi demi kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan.

*Kawal pengambilan
Sebenarnya minum kopi sebanyak dua cawan sehari dengan jumlah kafein lebih kurang 200mg adalah selamat untuk ibu hamil. Tetapi semakin sedikit kafein yang terserap dalam badan ketika hamil adalah lebih baik. Apa kata, anda kurangkan kuantiti kopi yang diminum dengan menukar saiz cawan yang digunakan. Jika sebelum ini anda menggunakan cawan yang besar, tukarkan kepada cawan paling kecil. Anda juga boleh lebih mencairkan kopi tersebut. Perlahan-lahan kurangkan kekerapan minum daripada sehari  empat cawan kepada tiga, dua, secawan dan berhenti sepenuhnya. Mungkin juga anda boleh minum kopi seminggu sekali (tetapi hanya secawan kecil sahaja) bagi melepaskan ketagihan terhadap kopi.

*Bertukar kepada teh




Teh juga mengandungi kafein namun jumlah kurang berbanding kopi. Sebaiknya minum teh hijau yang tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan. Lebih elok jika anda buat minuman teh menggunakan daun teh sebenar. Caranya didihkan daun teh dalam air mendidih selama 30 saat dan terus tuang ke dalam cawan. Dengan cara ini, kandungan kefein dalam teh tidak terlalu banyak. Elakkan daripada minum teh herba yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan.

*Sentiasa ingat tujuan
Biarpun sudah menanamkan niat untuk berhenti minum kopi sepanjang hamil tetapi kadang kala keinginan tersebut sukar dikawal apatah lagi jika anda sememangnya peminum kopi tegar. Tetapkan azam dan sentiasa ingat tujuan anda berhenti minum kopi adalah untuk memastikan anak dalam kandungan sihat dan bebas daripada sebarang masalah dan kesan buruk ketagihan kafein.

*Cara pengganti
Mengapa agaknya anda terlalu gemar minum kopi? Adakah kerana aromanya atau rasanya yang pahit manis atau juga kesan yang diperoleh selepas menikmati secawan kopi iaitu menjadi lebih bertenaga? Dengan cara ini anda dapat mencari pengganti bahan lain yang boleh memberikan anda rasa yang sama seperti kopi.  Misalnya anda boleh mencuba minuman lain yang memberikan kemanisan dan aroma yang sama. Sekiranya kopi sebagai sumber tenaga anda, apa kata ubah ia dengan mengambil snek yang kaya karbohidrat kompleks dan protein atau membuat aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10 minit dan pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang cukup.



SET HAMIL 
KANDUNGAN KAFFIEN DALAM MINUMAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee  ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

4 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Nasib baik Mek ila bukan penggemar kopi atau teh. Tetapi milo juga dikatakan mengandungi kefein walaupun dalam kadar yang sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun penggemar kopi..tambah lagi kalau masa tak cukup tiur..memang kopi memmbantu kurangkan rasa ngantuk..

      Padam
  2. Ummi juga penggemar tegar kopi....memang kalau sudah ketagih, susah nak stop kan. Tapi boleh je kalau kita nak. Sama juga macam merokok

    BalasPadam
    Balasan
    1. aa betul tu nak seribu daya taknak seribu dalih..saya pun try untuk kurangkan pengambilanya..

      Padam