Sekarang
memang musim panas, semua digalakkan untuk minum lebih air masak agar tidak
terhidrasi. Jika hamil air yang diperlukan lebih berbanding orang biasa.
Pengalaman sendiri jika hamil memang rasa sangt panas walaupun orang lain tak
panas dan say akan tukar meggunkan kipas berdiri supaya angin kena direct
ke muka semasa tidur.
Kebanyakan
ibu hamil mudah merasa panas dan cepat mengeluarkan peluh berbanding keadaan
normal. Penyebab rasa panas ketika hamil adalah kerana perubahan hormon dan
peningkatan aliran darah ke kulit yang menyebabkan peningkatan suhu badan.
Asalkan rasa kepanasan itu masa dalam paras normal, ia tidak membahayakan
perkembangan janin.
Ibu
hamil merasakan kepanasan walaupun dalam persekitaran udara yang tidak panas
tetapi ia cukup membuatkan badan berpeluh. Antara langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk mengawal kepanasan ketika hamil adalah:
1.
Pakai
pakaian selesa
Sepanjang mengandung pastikan anda
sentiasa memakai pakaian yang selesa, longgar, ringan dan diperbuat daripada
kain kapas. Pemilihan fabrik dan fesyen yang tidak bersesuaian hanya akan
membuatkan anda semakin tidak selesa dan kepanasan.
2.
Elakkan
panas terik
Sebaiknya elakkan daripada terdedah
secara langsung pada cahaya matahari. Jika boleh elakkan daripada selalu berada
di luar rumah pada masa cuaca panas terik atau di tempat yang ramai orang dan
sesak.
3.
Aktiviti
bebas panas
Jika anda merupakan ibu hamil yang
aktif bersukan, pastikan ketika melakukan senaman tersebut anda tidak berada
terus pada pancaran sinar matahari. Senaman berenang adalah aktiviti paling digalakkan
ketika hamil kerana ia satu-satunya yang tidak membuatkan suhu badan cepat
meningkat.
4.
Sejukkan
badan
Cara paling mudah untuk mengurangkan
rasa kepanasan dan berpeluah iaitu berada terus pada ruang yang berhawa dingin
atau berkipas. Ia membantu mengurangkan rasa kepanasan anda.
5.
Banyakkan
minum
Selain mengelakkan dehidrasi dan
mengekalkan kulit terus lembap, minum banyak air juga dapat menghindarkan anda
daripada merasa lemas dan kurang bertenaga. Minum sekurang-kurangnya dua liter
air setiap hari dan perbanyakkan lagi apabila anda membuat aktiviti senaman
atau cepat berpeluh.
6.
Guna bedak
tabur
Sapukan bedak tabur pada badan yang
berpeluh kerana ia cukup berkesan menyerap peluh atau kelembapan berlebihan
pada kulit. Ia juga membantu mencegah ruam kulit yang boleh muncul ketika anda
kepanasan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh