Khamis, 9 April 2015

4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum

Semua orang inginkan kesihatan yang optimum, sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan kesihatan yang diinginkan. Walauubagaimanapun menurut Dr. Abdul Aziz, pakar fisiologi saraf, ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum iaitu pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.


Pemakanan 


Semua orang tahu yang kita kena makan makanan seimbang agar kita mendapat nutrien yang diperlukan. Sekiranya nutrien yang diperolehi dari makanan tidak mencukupi, Dr. Abdul Aziz menyarankan kita mengambil pemakanan tambahan atau suplemen. Kita tahu yang kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja, ramai di antara kita kata tak pa lah. Kita ingin percayai yang kita akan OK, tak akan dapat penyakit kritikal macam orang lain.
Dulu saya berkeberatan untuk mengambil suplemen walaupun saya tahu saya tidak mendapat cukup nutrien dari makanan seharian. Pada masa itu perkara lain lebih bernilai dari menjaga kesihatan. Namun apabila keutamaan saya sudah berubah, mengambil suplemen tidak lagi menjadi beban kepada saya.

Bersenam



Semua orang tahu bersenam itu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang percaya senaman itu baik untuk kesihatan. Senaman boleh mengekalkan kesihatan jantung, organ tubuh kita yang terpenting. Tapi kenapa kita tidak mempunyai komitmen untuk bersenam. Mari kita renungkan bersama kenapa kita MALAS bersenam. Tanya KENAPA sekurang-kurangnya 5 kali dan lihat apa yang timbul. Kemudian buatlah keputusan, nak bersenam atau tidak. Jika sudi, kongsilah dengan para pembaca apa yang diperolehi dari muhasabah tersebut.


Rehat yang cukup

Kita perlu tidur secukupnya, tapi kadang-kadang (atau boleh dikatakan selalu), siaran TV seperti Liga Perdana Inggeris lebih penting dari tidur. Melayari Internet lebih penting dari tidur. Tidur sebenarnya boleh MEMULIHKAN OTAK. Kadang-kadang terfikir, mana lagi penting, memulihkan otak atau terujakan diri dengan siaran langsung Liga Perdana Inggeris.

Sikap mental.  

Ada kaitan antara tindakbalas tubuh kita dengan fikiran kita. Kalau kita mengambil sesuatu sebagai masalah, kita akan stres. Stres akan membawa kepada tekanan darah tinggi. Saudara/ri tentu pernah dengar cerita atau pernah sendiri alami, seseorang yang sihat akan demam bila beberapa orang rakan mengatakan beliau nampak demam dan beliau percaya dengan kata-kata rakan-rakan tersebut.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh