Bila disahkan hamil, seorang ibu akan mengunjungi
klinik. Kebiasaanya sebulan sekali (jika klinik kerajaan). Pihak klinik akan
periksa darah bakal ibu tersebut untuk memastikan ianya diparas normal. Pernah
dengar tak ibu hamil kurang darah? Bahaya tak kurang darah pada ibu hamil?
Isu/masalah kurang darah semasa hamil memang
bahaya. Jangan ambil ringan jika anda seorang yang kurang darah ketika hamil.
Anemia sangat merbahaya pada ibu hamil. Penyakit ini banyak berlaku akibat dari
ibu mengandung yang mengabaikan tentang zat pemakanan yang penting seperti zat
besi, asid folik dan protein.
Apa yang selalu kita dengar, kes di kalangan ibu
hamil ialah kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat besi.
Gejala-gejala anemia ketika hamil tidak semestinya menampakkan muka pucat.
Anatra sebab kenapa berlaku kurang darah
semasa hamil ialah:-
* Tidak mengambil zat pemakanan yang penting
tadi, iaitu zat besi, asid folik dan protein
* Sering muntah-muntah, menyebabkan tidak
dapat memakan zat pemakanan zat besi, asid folik dan protein
* Kurang vitamin C dalam badan
* Kurang asid perut yang menyebabkan
kesukaran menyerap unsur besi
* Pendarahan yang terlalu kerap
Akibat/kesan dari kurang darah semasa hamil adalah:-* Boleh menyebabkan keguguran
* Boleh menyebabkan kematian bayi dalam
kandungan disebabkan kurang kandungan oksigen dalam darah
* Preaklampsia
iaitu satu komplikasi kehamilan dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan
tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ yang lain, selalunya buah pinggang
* Pendarahan teruk selepas bersalin
* Demam nifas
Vitamin dan suplemen yang secukupnya
seperti Maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Asid Folik. Asid
folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester
pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi
mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan
tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang
terdedah dan rosak. Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita
merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari
sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga
dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid
Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang
lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor.
Sebagai contohnya:
* Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi
dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
* Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang
ubat anti-epileptik.
* Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing
manis. Zat besi Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan
menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak.
Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini
disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong
tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan
dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet.
Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan
akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia. Risiko kelahiran pramatang
dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi
dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa
melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan
mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh
bertahan sehingga 4 bulan. Biasanya, jika ibu kurang darah semasa hamil yang
mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh
mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh
kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit.
Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi
dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah
berkaitan. Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan
ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia,
terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat
besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami
anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk
minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah
sembelit. Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti
daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran. Ibu mengandung yang
kurang darah semasa hamil boleh beli dan simpan stok makanan terbaik ini di
rumah Elakkan makanan yang dilarang untuk ibu hamil . Jika kurang darah semasa
hamil dikesan saat-saat hampir bersalin, boleh dapatkan suntikan zat besi atau
ubat titis.
Jadi ibu-ibu hamil diluar sana jangan ambil
mudah vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik. Kekadang ada yang memang tak
ambil vitamin yang dibekalkan.
SET HAMIL
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh