Siapa antara pembaca blog ni adalah penggemar keju?
Jika anda penngemar keju, anda harus berhati-hati
semasa memilih untuk menikmati keju ketika diri sedang hamil. Ini kerana ada beberapa jenis keju
yang tidak selamat dimakan oleh ibu hamil.
Antara jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh wanita hamil adalah keju
jenis lembut (soft cheese) yang memiliki lapisan putih pada luarnya seperti
berikut:-
*Keju brie
*Feta
*Camembert
*Keju dari susu kambing
* Danish blue (keju biru)
*Gorgonzola
*Roquefort
Keju-keju tersebut tidak selamat dimakan oleh ibu hamil kerana ia mempunyai
paras keasidan yang lebih rendah dan mengandungi kadar air yang lebih tinggi
daripada keju jenis keras (hard cheese). Faktor tersebut membuatkan bakteria
berbahaya sangat mudah untuk membiak seperti bakteria Listeria.
Bakteria Listeria boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan. Bahkan
ia juga boleh mengakibatkan keguguran janin, kematian bayi dalam kandungan
hingga menimbulkan penyakit yang boleh membawa maut kepada bayi.
Sedikit sahaja jangkitan daripada bakteria Listeria ini boleh mengakibatkan
kematian kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil juga dinasihatkan agar
mengelakkan daripada makan/minum susu atau produk susu yang belum dipastur.
Tetapi jangan risau wahai penggemar keju kerana bukan bermakna anda tidak
boleh makan keju ketika hamil. Ada beberapa jenis keju yang sudah diproses
terlebih dahulu atau dibuat daripada susu yang sudah dipastur selamat dinikmati
oleh ibu berbadan dua.
Keju tersebut adalah seperti cottage cheese, mozzarella, keju krim, paneer
serta ricotta. Keju cheddar dan parmesan selamat dimakan kerana ia merupakan
jenis keju yang keras dan memiliki keasidan yang tinggi dengan kadar air yang
rendah.
Namun jika tidak dapat mengelakkan daripada makan keju lembut, pastikan keju
tersebut sudah dimasak dalam suhu tepat seperti membakar untuk memastikan
bakteria yang ada dalam keju benar-benar sudah mati.
Ibu-ibu yang sedang hamil perlu bijak memilih keju yang boleh dimakan semasa hamil.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh