Sabtu, 4 April 2015

Kuantiti Kalsium Yang Diperlukan


Saya mula mengambil Kalsium secara serius semasa mengandung anak kedua. Ini kerana jarak anak pertama dan kedua dekat, dimana usia anak pertama 4 bulan saya mengandung anak kedua. Jadi saya memang mengambil kalsium secara berterusan sehingga sekarang. Ibu hamil memang memerlukan lebih banyak kalsium daripada biasa. 

Persoalannya berapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari?


Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan. Jika ibu KEKURANGAN kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.

Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang akan tumbang dan menjadi kuat.

Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. Selain dari itu kalsium juga penting bagi mengelakkan masalah pra eklampsia.

Kalsium juga dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.
Selain dari itu, ibu juga disarankan mengambil suplemen kalsium bagi membantu mencukupkan keperluan kalsium harian. Bagaimanapun dapatkan saranan daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen

Antara kriteria kalsium yang perlu anda tahu sebelum mengambilnya:-

1. Suplemen kalsium yang semula jadi, kerana ia mudah larut di dalam air.
2. Kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk diserap dengan sempurna.
3. Amaun kalsium yang paling selamat diambil adalam 2500mg
4. Elak suplemen kalsium yang mengandungi tulang. Ia mungkin mengandungi plumbum, merkuri, arsenik dan bahan toksik yang lain.
5. Elak mengambil kalsium bersama zink kerana ia boleh bergabung sehingga menyukarkan penyerapan kedua-dua zat ini.





Ostematric menjadi pilihan saya untuk sumber kalsium.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh