Harini saya nak kongsi kebaikan yang ada pada sayur-sayuran kat dapur kita. Banyak fungsi sayur-sayur tersebut untuk kesihatan dan kecantikan. Penjagaan kesihatan dan kecantikan
diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia
hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Telah sedia maklum,
sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalan makan
banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita sangat bagus. Jom lihat petua-petua berasakan sayur-sayuran didapur anda.
Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka
daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis,
kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan
sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas
itu bersihkan dengan kapas lembap.
Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk
beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur
sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering.
Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan
melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun
salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat
menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan
dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya
membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang
berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser
payu dara.
Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan
selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah
sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air.
Amalkan setiap hari.
Selamat menjadikan petua ini sebagai amalan.
^_______^
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??