Sabtu, 17 Januari 2015

Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah

Ihsan google.
Sudah seminggu musim persekolahan bermula. Alam persekolahan lebih mencabar dan anak bakal terdedah dengan persekitaran yang lebih besar.Walaupun seminggu telah berlalu namun masih ada anak-anak yang takut untuk kesekolah. 


Jom baca sedikit info untuk mengatasi anak takut masuk sekolah


1. Dedahkan anak dari awal tentang sekolah barunya.

Ambil masa, bawa anak naik kereta. Jalan-jalan sambil tunjukkan bakal sekolah yang dia akan pergi. Penting jika anak bakal masuk Darjah 1. Jika ada abang atau akak yang bersekolah di sekolah yang sama, ini tentu lebih mudah.


2. Beli barang-barang sekolah bersama

Ini penting agar dia merasai keterujaan untuk pergi ke sekolah. Biar dia sendiri yang pilih beg sekolah kegemaran. Frozen, Ben 10, Barbie atau apa-apa kartun kegemaran, turutkan sahajasetakat termampu.


3. Selalu bercerita dengan anak

Bercerita tentang apa yang boleh dilakukan di sekolah. Terutama keseronokan belajar dalam bilik darjah, tentang buku, tentang guru dan tentang kawan-kawan. Ceritakan pengalaman ibu semasa di sekolah waktu dahulu.


4. Berikan jaminan

Selalu berikan anak jaminan bahawa di sekolah adalah selamat dan katakan kepadanya bahawa kita akan kembali mengambilnya.


5. Letak barang kesayangan

Jika anak masih takut, letakkan sesuatu seperti barang anda di dalam beg sekolahnya. Contoh barang adalah seperti selendang ibu. Katakan kepada anak, jika dia rindu, pegang selendang tersebut.


6. Jangan ambil lambat.Sekali berjanji, mesti ditepati.

Jangan ambil anak lambat selepas waktu sekolah. Jika kita memungkirinya, anak mungkin sukar untuk mengatasi masalah ketakutannya. Bila sudah mula menangis, anak akan jadi fobia. Walaupun anak naik bas atau van sekolah, datang juga tunjuk muka.


7. Teman anak waktu rehat Minggu pertama, anak jadi takut.

Mahu beli barang di kantin juga tidak tahu. Ajar anak beli makanan di kantin. Temankan dia agar lebih yakin. Jangan berputus asa. Pujuk anak dan hilangkan ketakutannya. Masa inilah pentingnya ajak anak kira duit.


8. Ajar anak pergi tandas

Ini antara kebimbangan besar ibu-bapa. Takut anak terkencing atau terberak dalam kelas. Ini bakal memalukan anak. Tunjukkan anak tandas pada hari pertama. Terus berbincang dengan guru kelas tentang tindakan dan perkembangan anak di sekolah pada minggu pertama. Ambil nombor telefon guru kelas jika ada.


9. Kenal-kenal dengan kawan tadika

Jika ada kawan yang berjiran, itu juga lebih bagus. Bila mereka berkawan-kawan, anak akan lupa tentang ketakutan diri sendiri. Pergi kantin sama-sama, pergi Pendidikan Jasmani sama-sama. Elakkan anak bersendirian.


10. Bekalkan duit secukupnya

Kalau ada masa untuk masak dan beri anak bawa bekal, itu yang terbaik. Jika ibu-bapa sibuk, berikan duit sahaja untuk mereka belanja di kanti. Namun, jangan sampai banyak sangat.



Anak saya masih di Tadika. Belum ada pengalaman tentang semua ini. Setakat ni anak tiada masalah namun bab nak beli makanan di Kantin perlu pemantauan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee