Isnin, 19 Januari 2015

Cara Atasi Kutu Rambut Pada Anak



Dua bulan lepas anak kedua saya Nur Aleesya Qaisara dapat jangkitan kutu. Tak pasti dari mana dia dapat kutu tersebut. Geram betul tengok kutu ynag berada diatas kepala dia.



Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak tinggal di taska atau pun sudah ke prasekolah, pasti pernah berhadapan dengan masalah rambut dijangkiti kutu juga. Kutu merupakan serangga halus yang mengerumuni rambut dan menyebabkan kepala kanak-kanak gatal.


Telur putih halus (telur kutu) serangga ini tergantung pada akar rambut. Kutu merebak dengan sangat mudah dari satu kepala ke kepala yang lain. Ia menyebabkan si kecil berasa gatal kepala dan asyik menggaru rambutnya.


Apabila seorang anak anda dijangkiti kutu, rawat seluruh keluarga anda dan mereka yang berhampiran dengan anak anda. Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Tanya ahli farmasi tentang ubat yang boleh membunuh kutu dan telur kutu. Sapukan ubat ini di seluruh kepala anak anda dan biarkan ia atas kepala selama masa yang diarahkan, biasanya beberapa jam.



  1. Cuci dan bilas rambutnya. Sikat dengan sempurna menggunakan sebatang sikat haus untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu yang mati. Anda mungkin perlu mengulang rawatan ini dua atau tiga kali, setiap tiga hari, untuk menghapuskan telur kutu.



  1. Bersihkan berus dan sikat anak anda serta topinya. Satu cara lain, simpan topinya di dalam beg plastik bertutup rapat dan biarkan selama sekurang-kurangnya sepuluh hari. Kutu dan telur tersebut akan mati.



  1. Elakkan anak anda menyertai kumpulan kanak-kanak atau pergi ke taman permainan bermain bersama kawan-kawan kerana bimbang akan menjangkiti kanak-kanak lain.  Biar dia tinggal di rumah sehingga kutu dan telurnya telah dimusnahkan sepenuhnya.



Anak saya alahan dengan ubat kutu yang dibeli di Farmasi. Bilamana guna ubat dari farmasi habis badan naik ruam macam allergik. Jadi say ambil alternatif lain iaitu guna Basic H dari Shaklee. Alhamdulillah berkesan dengan anak saya. Dia tak menggaru lagi dan saya akan sentiasa pastikan rambut dai disikat dan tiada lagi kutu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??