Sebut pasal sedekah ni memang banyak
jenis sedekah..hinggakan senyuman pun sedekah bagi yang tak
berkemampuan..Harini saya nak cerita sikit pasal SEDEKAH SUBUH. Pertama kali saya dengar pasal sedekah
subuh melalui Group WhatsApp. Saya cuba Google untuk tahu lebih mendalam.
Alhamdulillah ramai yang dah buat SeDekah Subuh ni, saya terus mengajak suami
untuk buat sedekah Subuh.
Sedekah tidak mengurangi Rezeki
Allah (S.W.T.) berfirman dalam surat Saba bahwa Allah
(S.W.T.) akan mengganti sedekah yang kita keluarkan: "Katakanlah:
'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di
antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)'. Dan
barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah
Pemberi rezki yang sebaik-baiknya." (Q.S. Saba 34:39)
Cara nak buat SEDEKAH SUBUH ni mudah
sangat , iaitu kita sediakan tabung khas. Tak kisah la tabung tu macam mana
rupanya tetapi asalkan tabung itu boleh kita simpan dan masukkan duit. Caranya
pun senang, iaitu selepas solat fardhu subuh dan sebelum masuk waktu syuruk,
kita masukkan sejumlah wang ke dalam tabung itu. Niatkan dalam hati duit ini
untuk bersedekah kerana ALLAH swt. Tak kisah berapa jumlah setiap hari yang
korang masukkan asalkan niat kerana ALLAH swt. Nanny saya cakap RM1 pun takpe,
jika dalam rumah ada 5 orang seorang RM1, maka sehari RM 5 selepas 30 hari jumlah
RM 150 dah cukup 30 hari kita dermakan
duit itu kepada sesiapa yang memerlukan. Nak keluarkan RM150. Serentak mungkin
rasa susah. Dengan sedekah subuh ni Inysa Allah niat bersedekah tu tercapai.
Amin
Rasulullah saw. bersabda : Setiap hari, dimana para hamba
memasuki waktu pagi, pasti ada dua malaikat yang turun. Satu diantara keduanya
berdoa : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfak”, dan yang satu
lagi berdoa : “Ya Allah, berikanlah kemusnahan (kerugian) kepada orang yang
enggan berinfak” [HR. Bukhari & Muslim-542]
JOM mulakan sekarang saya pun baru
nak mula. Kalau tak mula memang tak jadi sampai bila-bila. Semoga sedekah kita
berkat untuk penerima dan orang yang bagi sedekah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Subhanallah.....insaaAllah saya akan mula juga lakukan sesekah subuh ini. Terima kasih dear atas ingatan...
BalasPadam11 Nutrien Utama Yang Diperlukan Wanita Hamil
Alhamdulillah, sy dh mulakan langkah sebulan yang lalu. InsyaAllah sedekah ini benar-benar mendidik kita bahawa harta ini adalah milik Allah swt..^_^
BalasPadamTips bersedekah yang sangat mudah. Walaupun sedikit yang penting istiqamah. InsyaAllah saya pun akan mulakan.
BalasPadam42 Fadhilat Berselawat ke Atas Rasul
Alhamdulillah..tq for d reminder sis
BalasPadamSaya pun pernah dengar tentang sedeqah subuh ni.. alhamdulillah sy pun dah sikit-sikit. Belajar untuk konsisten
BalasPadam