Cara & Tips Cepat Hamil, Cepat Mengandung atau Mungkin Bunting
Pelamin
Bunting pelamin ialah satu situasi di mana pengantin
perempuan disahkan mengandung hanya pada percubaan pertama kali setelah sah
bernikah sebagai pasangan suami isteri.
Apakah tips-tips agar dapat cepat mengandung.
Mesti selalu dengar tentang asid
folik kan. Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan folic
acid untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.
Badan perlukan nutrien. Lihat
senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk “conceive”.
Antaranya Vitamin E, Zinc, Copper,
Panthothenic acid, Potassium, Vitamin A,
Vitamin C, Vitamin D, Thiamin B6,Riboflavin dan Niacin
3.Mempunyai berat badan ideal
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, overweight” atau lebih teruk lagi “obese”, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai high blood pressure dan diabetes banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap obesiti.
4.Detoks (Bahasa Inggeris: Detox)
Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa dietitian untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita.
5.Lakukan hubungan intim dengan kerap
Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.
6.Ketahui waktu subur atau ovulasi
Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan. Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Boleh Google Ovulation Calendar Tool untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid untuk waktu yang tepat.
7.Jumpa doktor pakar
Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan checkup juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.
8.Pastikan posisi seks yang betul
Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung.
9.Elakkan tekanan
Walaupun stress itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.
10.Jauhi rokok
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
11.Kurangkan kafein (Caffeine)
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain. Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.
12.Berdoa pada Allah
Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.
Dari maklumat diatas dapat disimpulkan bahawa vitamin penting tuk memastikan kehamilan boleh berlaku.
Shaklee ada menawarkan Set Kesuburan yang membantu mereka yang memerlukanya..
Set Isteri:
Set Suami:
Ada yang dah berjaya...anda yang tengah berusaha mendapatkan zuriat boleh mencubanya..