Khamis, 5 Jun 2014

Herbal Blend

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee.

Entry kali ni saya nak cerita pasal multipurpose herbal belnd...ada jugak yang panggil cream ajaib..apa yang ajaibnya ya??

Say tercari2 cream ni bila  anak saya menghadapi ruam lampin yang teruk sebab cirit birit..sapu Econazine tak jadi..sapu Zaricot jadi gitu2 jer..usaha cari cream ni stok lak takde bila nak beli...2 kali pegi takde..kali ketiga pegi baru ada stok...memang femes la Cream ni..Alhamdullilah saya berjaya beli dan sesuai dengan anak saya..tapi stok tu ada 4 hari jer pastu terus out of stok..nasib baik saya sempat beli...sape2 yang rasa nak leh book dulu bila stok ada saya leh belikan..

Cream herbal blend ni adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dan sebagainya.

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga



2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah




Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah tengok macam-macam jenis krim mahal di farmasi. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Nanti nak suh my sister cuba gak.. 

3. Ubat luka / lecur





Boleh digunakan bagi menggantikan minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Sama ada terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh guna..sebab tu ianya dipanggil multipurpose.

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. pernah memlauinya masa nak kedua dan ketiga..mmg seksa...Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. 


5. Menghilangkan parut




Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.


6. Ruam pada bayi



Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam.


7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.


Nak tau betul ker tak kena cuba dulu..