Sabtu, 7 Jun 2014

Tips Anak Makan Sayur



Cara-cara Dan Tips Agar Anak Suka Makan Sayur 


Bagi anak-anak, mungkin sayuran adalah makanan yang sangat dibenci. Padahal dalam sayuran mengandung berbagai vitamin mahupun gizi yang mampu memberikan nutrisi tubuh. Anak-anak pada umumnya lebih menyukai makanan yang manis ataupun masin. 

Bagi orang yang lebih dewasa, mereka perlu melatih buah hatinya untuk makan sayur sejak bayi demi memenuhi nutrisi dalam tubuh bayi yang masih pada tahap berkembang fizikalnya, mahupun psikologi. Ibu bapa kadang-kadang kurang memberi perhatian pentingnya sayur bagi anak, dan hanya menuruti kemahuan anak meskipun tidak suka dengan sayur dengan alasan terlalu sayang kepada buah hatinya. Dengan kurangnya pengambilan sayuran pada anak, maka kesihatan anak sering terjejas. Makanan segera mahupun daging juga makanan berprotein tinggi lainnya akan membuat kesihatan anak tidak optimum. Pengambilan lemak yang berlebihan tanpa diimbangi sayuran dan buah-buahan juga akan membuat anak mengalami obesiti dan kegemukan.


Beberapa tips agar anak suka dengan sayur:


  1.Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak

Agar anak mahu makan sayur, sebagai orang tua anda juga harus suka dengan sayuran. Berikan contoh dan terapkan kebiasaan meyukai sayuran kepada buah hati anda. Makan sayuran bersamanya. Ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga buah hati anda tertarik untuk ikut makan sayur.


  2.Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur


Untuk buah hati Anda yang tidak suka dengan sayur, walaupun telah dipaksa. Jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika buah hati Anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan, hukuman, ataupun hal lainnya.


  3.Kreatifkan olahan sayur


Dalam mengolah sayuran, anda harus kreatif dalam menciptakan rasa sayur yang enak, lazat dan lebih sedap dari daging ataupun makan berprotein lainnya. Jika Anda memasak sayuran untuk buah hati anda, usahakan mengganti menu sayuran setiap hari sehingga anak tidak bosan dengan sayur. Usahakan pula untuk memberikan makanan atau lauk sampingan selain sayur sehingga anak merasa suka, tenang serta menikmati ketika harus makan sayuran.


  4.Gantikan menu sayur dengan buah-buahan


Sayuran bukan hanya sumber nutrisi saja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, Anda boleh memberikannya buah-buahan. Berikan anak 'supplement' dan 'vitamin' Makanan tambahan baik untuk tumbesaran kanak-kanak


  5.Berikan anak “supplement” dan “vitamin”


Supplement biasa menjadi langkah terakhir yang dilakukan orang tua agar buah hati suka dengan sayuran. Jika semua cara telah dilakukan anak tetap tidak suka dengan sayur, suplemen boleh diberikan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam tubuh.


  6.Taburi dengan keju


Kalau mahu nampak “western”, sesekali boleh gunakan “cheese”. Jika anak anda menggemari keju,cara ini boleh diaplikasikan. Anda boleh campurkan sayur seperti salad dan tomato di dalam burger keju anak anda. Tidak perlu keju yang mahal-mahal, yang murah juga banyak dijual di pasaraya.


  7.Lembutkan sayuran


Anda boleh cuba pelbagaikan kaedah masakan sayur.  Contohnya buat cucur sayuran bercampur pelbagai inti seperti ayam, sosej dan sebagainya. Bubur atau pun jus juga bagus agar anak anda boleh menikmatinya.

Jadi saya nak cite kat sini Shaklee ada menawarkan vitamin untuk memastikan nutrien yang cukup untuk anak2 anda:
  1. Omega Guard
  2. Mealshake
  3. Viatmin C Chewable