Ahad, 15 Jun 2014

Petua Menjaga Anak Demam



Petua Menjaga Anak Demam, Berserta Cara Dan Tips Mudah


Zuriat yang lahir daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Oleh hal yang demikian, ujian yang diberi oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepadaNya. 

Proses pembesaran kanak-kanak akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam. Anak kecil sering dan mudah dijangkiti bakteria yang akan menyebabkan demam. Peringkat umur antara 1 tahun- 2 tahun, mudah dijangkiti kuman kerana mereka dalam proses mengenali, ingin mencuba. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan makan. Dalam peringkat ini juga, mereka masih menghisap jari. Apabila tangan basah, kekotoran mudah melekat pada tangannya. Kesannya, anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan.

Mari kita lihat petua, tips dan cara yang mudah ini.

1.Sukat suhu badan anak

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.


2.Tuam kepala dan badan anak


Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Jangan guna bunga raya, daunnya sahaja 


3. Guna daun bunga raya

Petua orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.  


4. Beri anak makan bubur 

Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit. Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.


5. Minum banyak air dan susu

Berikan anak air masak yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit. Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘coolfever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.


6. Sentiasa di sisi anak


Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya. Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak, sihat cepat sayang nanti kita pergi jalan, bersiar-siar, bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.


7. Berdoa pada Allah


Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga. Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambanya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.


Kesimpulan


Tindakan awal dari ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamanya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah diambil. Semua ibu-bapa ingin anak gembira . Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka. 

ANDA boleh tambahkan nutrisi dalam makanan anak bagi memastikan mereka tidak selalu diserang bakteria atau virus yang menyebabkan demam...




pengambilan makanan tambahan bergantung kepada umur kanak2. Dapatkan konsultasi dari SID anda.