Ringankan Beban Isteri Hamil
Asslamualaikum semua..
suka baca artikel ni lau la semua suami leh buat cmtu..hehe...
Tak dapat buat semua sikit2 pun dah ok...jom baca cara2 ringankan beban isteri....
Ketika hamil, isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal. Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum hamil. Sokongan daripada suami tercinta amat penting ketika ini.
Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang
menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya.
Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar papa, sedikit panik
dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat
sekurang-kurangnya ia dapat membantu.
Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.
1. Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup
menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama
kehamilan memang cukup merimaskan bag sesetengah bakal ibu. Dengan
sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang
ditanggung.
2. Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan
bermacam-macam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan
isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri
menjamah makanan yang berkhasiat.
3. Fahami situasi isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru
pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar
bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah
memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut
rentak isteri yang berjalan perlahan.
4. Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah.
Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak
bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri
mengapa tidak mengemasnya.
5. Belajar perubahan isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah,
merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang
kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.
6. Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh
isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula
yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’
dengan ketidakselesaan itu.
7. Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian
kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang
teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak.
Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.
8. Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar.
Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa
tidak selesa yang sedang dialami.
9. Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami.
Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasan
tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri yang sedang hamilkan
zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur,
suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu
kasih sayang anda semakin erat.