Harini dah 8 mei 2015, tajuk entry saya harini Tanggal 19 April, ada apa dengan 19 April ni sebenarnya. 19 April merupakan hari lahir Nur Amaleen Qistina.
Dua tahun yang lepas pada tarikh 19 april kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Ikut perkiraan doktor saya dah lepas due date tapi gagah juga nak travel balik Kelantan. Nak dijadikan cerita sakit perut dalam perjalanan balik, masa kat Cameron masih bertahan kononnya. En Suami mula la nak pandu laju supaya sempat sampai. Kebiasaanya saya bila mula sakit perut esoknya akan bersalin (perkiraan yang tak boleh pakai). Dalam keadaan sakit perut saya masih sempat bergurau dengan En Suami "lau tak sempat sampai hospital papa sambut la baby".
Masuk ke Gua Musang saya mintak suami cari hospital terdekat sebab dah rasa tak tahan sakit. Cari la Hospital Gua Musang dengan hanya berpandukan anak panah sebab kami sendiri tak pernah jejak kaki ke sana. Jumpa saje Hospital En suami terus cari kerusi roda dan serahkan buku merah pada nurse yang bertugas. Macam biasa masuk terus labour room dan bermacam soalan dari nurse kat sana (siap kena bebel jugak sebab berani sesangat travel masa tengah sarat). Lebih kurang sejam lepas tu saya selamat bersalin anak ke 3, baju pun saya tak sempat salin baby dah tak sabar nak keluar. Alhamdulillah saya selamat bersalin anak ke 3.
Satu hal pulak En suami, anak-anak dan mak saya terpaksa mencari hotel berdekatan untuk bermalam sebab nak balik ke Kota Bharu agak jauh Doktor nasihatkan balik keesokan arinya. Satu pengalaman yang saya tak lupa nurse kat san sangat bagus boleh dikatakan sejam sekali bertanya khabar sama ada ok atau tak. Masa bersalin kat Ipoh tak pernah nurse tanya macam tu. Terima kasih dekat semua yang tolong saya masa nak bersalin.
Pengalaman bersalin anka ke 3 memang takan saya lupakan. Tambah lagi dia sorang jer yang pegang IC no 03 sedangkan abang dan kakaknya 08. Apapun sangat bersyukur semuanya selamat dan saya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Selamat Hari Lahir Nur Amaleen Qistina
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh