Selalu dengar pasal kencing kotor dikalangan ibu hamil. Siapa pernah
mengalami tentu sedia maklum bagaimana rasa sakitnya dijangkiti masalah kencing
kotor. Alhamdulillah sepanjang kehamilan untuk 3 orang anak tidak pernah
melalui masalh tersebut. Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses
tersebut pengalaman yang memeritkan bagi yang mengalaminya
Selain semasa hamil, masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang
boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran
kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka
koyakan pada faraj, jangkitan pada betiks/kaki dan juga jangkitan pada payu
dara.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah
kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.
Ini kerana semasa hamil, salur kencing urethra tertekan oleh bayi yang
membesar menyebabkan kencing tertahan (urine retention), dan semasa
proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma urethra
menjadikannya bengkak dan lebam.
Dalam masa yang sama, ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi
menyebabkan kebiasaanya dia menahan kencing. Jika ibu ada mengambil ubat
penahan sakit epidural, ia juga turut boleh menyebabkan rangsangan saraf ke
pundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.
Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing
(cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah
pinggang (pyelonephritis). Bila seseorang mendapat masalah ini, biasanya dia
akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali
kencing dan kencing yang tidak lawas.
Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami
demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya
dan muntah-muntah. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami
masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air
kencing dikeluarkan melalui tiub.
Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang
merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention).
Mencegah masalah kencing kotor
* Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup
dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi
membuangnya. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan
bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bakteria akan
dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
* Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibu-ibu yang baharu lepas
bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan
sempurna.
* Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat
demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu
mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
* Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Minum segelas
penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
* Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti
menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches
dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
Kepada yang hamil dan bakal menjadi ibu sila buat pemeriksaan lanjut jika
berlaku hal sebegini. Ambil langkah berjaga-jaga agar dapat mengelak diri dari
terkena jangkitan tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh