Dah lama tak makan Bubur Asyura. Bubur ni tak
selalu boleh makan, orang kelantan buat pada masa bulan Maulud (cakap orang
kelantan- Bulan muharram). Baru-baru ni ada jumpa resepi bubur asyura belum
pernah cuba lagi tapi nak juga kongsikan dengan orang lain.
Cara penyediaan:
- Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
- Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
- Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
- empah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
- Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
- halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
- Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
- Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
- Kerisek-setengah cawan
Semua
bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak
perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah
dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas
beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.
Ada juga
orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila
hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng
terlebih dahulu.
Insya-ALLAH
akan cuba juga untuk buat jika terlalu mengidam.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh