Setiap wanita yang bakal bergelar ibu perlu perlu
memastikan penjagaan kesihatan diri mereka luar dan dalam sementelah lagi jika
sudah bergelar ibu. Ia penting untuk memastikan badan kembali segar dan
sihat semula agar dapat menjaga bayi tapa sebarnag masalah. Selain melakukan
urutan dan mandi herba, ibu juga perlu mengambil beberapa sumber makanan yang
berkhasiat untuk membantu badan kembali kekal segar.
Antara makanan yang mampu membantu ibu-ibu
sentiasa segar dan cergas adalah:-
Madu
- Madu antara bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kesihatan. Ia sesuai untuk ibu selepas bersalin kerana madu mengandungi anti bakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baharu dan membaiki sel yang rosak.
- Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.
- Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
Halia
- Membantu menghadamkan makanan dan mengelakkan sembelit.
- Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
- Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.
Serai wangi
- Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.
- Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.
- Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.
- Memanaskan badan yang rasa sejuk.
Sirih
- Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita. Menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.
- Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.
- Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.
- Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
Selain dari
makanan diatas ibu-ibu juga boleh menggunakan supplemen untuk membantu ibu-ibu
agar sentiasa cergas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh