Ihsan Google |
Semua orang mesti biasa dengar pasal kantung ketuban atau air ketuban. Dua dari anak saya ketuban dipecahkan oleh doktor sebleum bersalin dan yang ketiga pecah semasa dalam labour room. Setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza tentang hal ini. Masa anak pertama memamng pengalaman takde, bilamana doktor cakap air ketuban sikit dan boleh membahayaka bayi dalam kandungan saya dah tak tentu hala, ALLAH sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Saya diarahkan berjumpa pakar untuk pemeriksaan susulan untuk masalah itu. Alhamdulillah selepas jumpa pakar katanya takde masalah, lega sangat masa. Pada yang nak tau lebih lanjut pasal kantung/air ketuban jom baca ini.
Kantung ketuban yang dipenuhi dengan air ketuban
berfungsi untuk melindungi bayi dalam rahim daripada sebarang kecederaan dan
jangkitan kuman. Sekiranya kantung ini terkoyak sebelum waktunya, air ketuban
akan keluar melalui faraj ibu.
Biasanya ketuban pecah dikaitkan dengan petanda ibu sudah hendak melahirkan bayi tetapi jika pecah terlalu awal, ia boleh menimbulkan risiko.
Ketuban pecah awal sebelum proses kelahiran dikenali sebagai prelabour rupture of membranes at term atau PROM. Jika anda mengalaminya, jangan panik, pakai tuala wanita untuk membolehkan anda menakung air ketuban yang keluar buat sementara waktu. Bahkan ia membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yang keluar.
Cecair daripada ketuban biasanya jernih, berwarna kekuningan dan mungkin bercampur sedikit darah. Jumlah air ketuban yang keluar adalah berbeza bagi setiap wanita. Paling penting ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera tidak kira pada usia berapa kandungan anda.
Sebaik ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah. Oleh itu doktor akan mengambil tindakan sama ada memberi ibu ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan bersalin (sekiranya usia kandungan 37 minggu ke atas dan ibu langsung tidak mengalami kontraksi).
Apabila ketuban pecah, tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca bayi lemas. Biasanya doktor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.
Uri pula boleh lekang daripada terus melekat pada
dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak
akibat kebocoran besar seperti kes polihidramnios. Bahkan ibu juga
boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama membahayakan
keselamatan bayi yang dikandung.
Risiko lain termasuk jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Kedudukan bayi dalam kandungan boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuknya bergerak.
Meconium aspiration syndrome juga boleh
terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit membuatkan najis kandungan
tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jike najis memasuki ruang
pernafasan.
Apa sahaja yang berlaku ibu-ibu yang mengalami masalah tentang ketuban perlu ambil tindakan cepat supaya tidak menghadapi masalah yang tidak dijangka.
SET BERPANTANG
SET HAMIL
SET MENYUSU
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee
ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??