Rabu, 25 Mac 2015

Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi



Sebut pasal episiotomi mesti rasa ngeri (termasuk la saya). Bagi yang pernah ada pengalaman melaluinya, ia adalah pengalaman yang tak akan dilupakan.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu episiotomi jom ambil tahu lebih lanjut apa itu Episiotomi??

Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung. Bagi yang menuggu masa untuk melahirkan mesti rasa risaukan, Bagi penndapat saya perkara macam ni jangan difikir sangat, bila kontraksi berlaku redah. Bagi yang mengandung anak pertama asas episiotomi perluu ambil tahu supaya tidak terkejut.


Ia adalah merupakan proses yang tidak menyakitkan (pandangan berbeza-beza mungkin ada yang rasa sakit, bagi say tak sakit sebab fikiran lebih kepada nak melahirkan anak). Walaupun episiotomi tak sakit, dugaan semasa pihak hospital menjahit luka adalah mimpi ngeri bagi saya (sakit proses menjahit bagi saya, tambah lagi kalau lama proses menjahit tu berlaku). 

Proses pemulihan luka episiotomi juga terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar (kes ini bergantung kepada individu). Bagi saya anak pertama memang rasa sukar sebab takde pengalaman. Nak ke bilik air untuk pertama kalipun rasa sangt takut. Bila anak kedua dah jadi alah bisa tegal biasa. Masuk anak ketiga lepas bersalin terus nak jalan (nurse marah suruh duduk atas kerusi roda).


Walaubagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian dari rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).


Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :


*Bahu bayi tersekat.

*Bayi bersaiz besar.

*Otot perineal yang keras dan tidak anjal.

*Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.

*Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.


Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi


     1.      Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.



     2.      Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.



     3.      Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.



    4.      Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.



     5.      Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.



    6.      Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.



     7.      Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.



     8.      Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.



     9.      Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.



   10.  Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.
    
   Anda boleh mencuba set berpantang SHAKLEE untuk membantu luka cepat cepat sembuh dan badan lebih segar.
   Pengalaman saya melahirkan anak ketiga dengan kesihatan yang baik dengan izin ALLAH.


 Nak cuba boleh contact saya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??