Selasa, 24 Mac 2015

Makanan Dilarang ketika Hamil




Biasa dengar tak pantang larang semasa hamil/mengandung??
Zaman moden sekarang dah ramai yang tak ambil peduli tentang pantang larang. Sebenarnya bagus juga mabil tahu tentang pantang larang ni, untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.

Sebaik sahaja mengetahui diri mengandung, kita sering kali dipesan oleh ramai orang terutama orang tua-tua supaya jangan makan makanan sembarangan. Pantang larang tersebut sememangnya wajar bertujuan untuk menjaga kandungan agar sihat dan terhindar daripada sebarang masalah.
Jadi harini saya nak kongsi beberapa jenis kumpulan makanan yang mesti dijauhkan sepanjang tempoh mengandung/hamil.
  1. Makanan/minuman berkafein
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan yang sewaktu dengannya boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.
  1. Gula
Kurangkan pengambilan gula ketika mengandung. Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.
  1. Vitamin A
Makanan yang tinggi kandungan vitamin A perlu dielakkan. Contohnya seperti suplemen minyak ikan. Ini kerana vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam penggunaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan.
  1. Makanan tinggi merkuri
Ikan-ikan seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
  1. Makanan mentah
Untuk sementara waktu elakkan makanan mentah seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan.

Jadi bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa cukup nutrien boleh cuba supplemen untuk ibu hamil/ mengandung.  










Anda boleh memilih set yang diingini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??