Ahad, 22 Mac 2015

5 Tips Atasi Kaki Kejang


Kejang kaki adalah masalah yang biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menyakitkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Saya pernah mengalamai situasi ini semasa kehamilan pertama. Tiada pengalaman menyebabkan tiada langkah berjaga-jaga dilakukan. Namun begitu, setelah mengalami sekali saya berusaha agar ianya tidak berulang lagi.  Saya mengamalkan pengambilan Kalsium untuk anak yang kedua dan ketiga.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 


1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

3. Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Bagaimanakah untuk melegakan kesakitan ini apabila kekejangan berlaku: 


      1. Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.


      2. Urut otot yang kejang itu.


      3. Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


TIPS ELAK KEJANG KAKI



  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
  • Pemilihan kasut
  • Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stoking sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.
  • Senaman regangan
  • Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.
  • Banyakkan pergerakan
  • Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.
  • Suplemen kalsium
  • Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur.
  • Tinggikan kaki
  • Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.




Ostematrix terdapat dalam Set Hamil.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

4 ulasan:

  1. Memang perit kalau terkena kejang atau simpul biawak ni. Bila kena rasa nak terkeluar air mata. Syukur sangat sbb supplemen kalsium dapat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aa ada juga denagr orang panggil simpul biawak..ataupun cramp...

      Padam
  2. Aduh kejang selalu serang tak kira siapa. teringat kena masa preggy. cepat panggil hubby urut kaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memmang takkan lupa rasanya walaupun sekali tu jer kena...sakit yang amat..

      Padam