Selasa, 23 September 2014

PCOS dan Kesuburan

Assalamualaikum semua...

Pernah dengar pasal PCOS tak??saya pun baru je dengar pasal singkatan ni..PCOS ni sebenarnya Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) diamana ianya mengancam kesuburan wanita Malaysia.



Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.


Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.


Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


Apakah simptom-simptom PCOS?


1- Ketidaktentuan/tiada ovulasi

2-Terdapat ciri2 "hyperthyroidism" melalui ujian klinikal atau ujian darah

3- Ultrasound menunjukkan kedua belah ovari terdapat cyst-cyst kecil

Komplikasi-komplikasi PCOS


1- Masalah/komplikasi masa pendek

  •   masalah kitaran haid tidak normal/terhenti
  • masalah hirsutism
  • masalah kesuburan/infertility
2- Masalah komplikasi masa panjang

  •  Obesiti
  • Masalah metabolic dan rintangan insulin kolestrol tinggi, sakit jantung
  • Diabetis jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
  • Darah tinggi
  • "Hyperplasia" dinding rahim boleh menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama


Apakah puncanya ? 

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.



Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.



Apa kata ANDA cuba tingkatkan kesuburan denagn supplement shaklee..tak salah untuk mencuba..Insya Allah moga ianya berkesan kepada yang menghadapai masalah kesuburan.


Nak dapatkan set ini??

Nak beli asing2 pun boleh..