Tahun 2014 pengalaman yang perit bagi saya untuk melupakan. Dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri saya keguguran anak ke 4. Tanda-tanda awal keguguran keluar darah (stain) tapi saya tak perasan sebab takde pengalaman. Masuk hari kedua keluar darah (stain) dan saya pun dah balik kampung untuk menyambut Hari Raya, saya terus ke klinik untuk mengesahkan kenapa ada darah. Doktor kata denyutan jantung bayi dah takde (masa tu ALLAH saje yang tau apa perasaan saya). Doktor bagi 2 pilihan nak cucuk ubat untuk cepat turun atau nak ianya kuar natural. Tapi doktor suggest natural sebab lagi 2 hari nak raya. Esoknya saya mula rasa contraction seperti nak bersalin (memang sakit macam bayi nak kuar). Selepas janin kuar (sempat tengok sambil nangis), berlaku pendarahan yang banyak sehingga saya terpaksa dibawa ke Hospital dengan bantuan ambulan sebab risau kesesakan jalan raya musim nak raya ni. Sampai hospital dah cuci bagai sebelum buka puasa Doktor bagi kebenaran balik. Jadi tahun tu tak Raya sangat sebab macam-macam nak kena pantang. Satu pengalaman yang takkan saya lupa. Jika masih hidup bayi saya umur sekarang dah 2 tahun lebih.
Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika
mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius
berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan
selepas keguguran.
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti
ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih
mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran
berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta
sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh
menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh
terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian
rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem
badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila
tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan
proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim,
ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin?
Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang
keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.
Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran. Untuk
lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu
kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin
seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung,
kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka,
cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.
Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk,
bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong,
udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang
tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur,
alahan kulit dan mudah letih.
Macam saya tempoh hari berpantang sama seperti bersalin cuma tak sampai 44 hari. Lebih kurang 2 minggu saya berpantang. Shaklee yang saya ambil semasa mengadung saya sambung makan untuk tempoh berpantang.
Alhamdulillah selepas setahun menuggu untuk hamil lagi saya di sahkan hamil anak ke 5. Memang berhati-hati untuk anak yang ke 5. Yang no 5 pun ada ceritanya. Nanti next entry saya cerita pengalaman hamil no 5.
CoQhealth outstok
GLA complex saya makan untuk kesuburan sebelum hamil anak yang ke 5
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
Page: Gallery DR NF
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka