Ahad, 19 Oktober 2014

Hemoroid tau buasir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dua minggu lepas ada dok bercerita dengan sorang kawan pasal buasir. Punca dia dapat buasir adalah sebab suka sangat makan makanan yang pedas..Terkejut gak bila dengar camtu terus rasa kena kurangkan sikit rasa pedas dalam makanan..

Tak dapat saya bayangkan individu yang mengalami masalah Buasir ni kan... jadi saya cuba gak google tentang buasir..saya kongsikan disini serba sedikit tentang buasir..



Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Shaklee ada menawarkan set untuk sesiapa yang menghadapi masalah ini. Apa kata anda cuba set ini.



1. Ostematrix - Melancarkan pembuangan air besar
2. Omega guard - Mengecutkan otot yang bengkak.
3. Zinc complex - Menyembuhkan luka dibahagian dubur.


Jom hapuskan mimpi ngeri BUASIR anda dengan set SHAKLEE.