Assalamualaikum..
Changi Airport |
Apa yang korang fikir baca tajuk entry kali ni. Macam ngeri pun ada ππ . Bukan nak mengata orang yang dekat airport tak baik. Saya cuma nak cerita pengalaman saya berada di airport transit. Dari airport Vienna-Abu Dhabi-Singapore-Ipoh. Dari Vienna orang kat airport kata boleh terus ambil luggage kat Ipoh, maksudnya kami takyah ambik luggage sebab senang katanya terus ambik kat end point. Tapi mula-mula memang rasa ragu-ragu sebab flight company berbeza jadi tanya lagi sekali tapi orang yg tempat check in tu kata boleh. Kami bukan main lagi gembira sebab tak perlu angkut luggage yang besar dah ler puasa memang penat.
Dari Austria ke Singapore kami naik Etihad..BEST |
Bila sampai di Singapore kami pada awalnya memang tak tanya lagsung pasal luggage. Pastu bincang dengan kawan jom la kita check in awal pastu nak gi solat. Jadi beratur la nak check in, tetiba tanya luggage kata takde (memang cuak masa ni)..memang geram sangat masa tu. Jadi orang keje airport Singapore tu pun telefon la kawan masing-masing, lepas sorang sorang untuk bantu kami.Sorang cakap ada soarang cakap takde. Memang membebel sepanjang cari luggage. Dari atas ke bawah pastu ke atas balik sampai penat dah ler puasa akhirnya jumpa luggage kat LOST & FOUND. Dah dapat luggage bergegas check in pastu terus cari platform tak sempat nak solat, sampai pintu untuk masuk kami sempat duduk sekejap muka kami dah pucat lesi penat. Masuk je flight terus lena. sampai airport Ipoh ambik luggage terus gi solat.
Pengajaran buat kami tak terus bertnyakan luggage dan kami bernasib baik tempoh transit di Singapore 3 jam, dan masa tu terbuang dengan mencari luggage jer. Yang bestnya dah sampai Malaysia, so lepas suami ambil kat airport terus pegi Bazar Ramadhan sebab nak cari nasi Kerabuππ.
Cenderahati dari Changi Airport |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
Page: Gallery DR NF
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka