Pertama kali dapat tahu kena pergi kursus ke Vienna, Austria dalam mesyuarat. Pengarah tanya camtu je "Dr Niny boleh pergi kursus ni"..masa tu jawapan yang saya bagi "Insya Allah" (masa tu taktau kursus apa). Lepas dah tau kena pergi rupanya tarikh hantar maklumat yang penganjur nak adalah pukul 5 petang, padahal mesyuarat kami hari tersebut adalah 3 petang. Selesai mesyuarat bergegas la kami settlekan semua maklumat penganjur perlukan termasuk salinan pasport. Nasib baik pasport belum tamat tempoh dan nasib baik juga la beza masa di Vienna, Asutria tu lebih lambat dari Malaysia jadi sempat kami isi maklumat secara online dan submit walaupun kalut. Lepas hantar permohonan tak terfikir pun pasal nak pergi sebab hantar pun last minit,dok fikir mungkin tak dapat tetiba dapat maklumat diterima untuk pergi.
Bila tengok kursus terkejut bulan PUASA...stress..setiap kali pergi nape la bulan PUASA..nasib badan la masa pergi Bangkok 2012 pun bulan puasa. Dok kat tempat org ni bukan senang nak cari makanan HALAL. Nasib baik tak pegi sorang ada kawan sorang lagi. Dua tiga hari sebelum bermulanya puasa kami bertolak dari airport IPOH-SINGAPORE-ABU DHABI-VIENNA. Memang perjalanan yang memenatkan sebab banyak sangat transit tambah lagi tuko flight beza company jadinya luggage memang perlu diambil dan di check in semula.
Walaupun penat pengalaman ditempat orang memang sukar untuk lupa. bukan selalu boleh pergi tempat orang. Tapi bagi saya biar la HUJAN EMAS DINEGARA ORANG, HUJAN BATU DINEGARA SENDIRI, NEGARA SENDIRI TETAP BEST
|
Dapat katil single je sebab setiap peserta sorang satu bilik |
|
Nasib baik hotel ni ada dapur sebab bulan puasa |
|
Pemandangan dari Balcony hotel |
|
SHAKLEE tak lupa untuk dibawa..huhu |
|
Dapat sourvier masa kat airport Sinagpore sebab jawab survey yang airport buat |
|
Tempat ambil duit poket dari penganjur |
|
Bangga jumpa bendera MALAYSIA kat Austria |
|
Syiling ni saya kumpul untuk kenangan |
|
Hotel yang didiami |
|
Bersama Ibu Ana dari Indonesia |
|
Budak-budak tetiba datng nak ttnagkap gambar jugak denagn kami. |
|
Disatu sudut kawasan Muzium |
|
Salah satu hentian train |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka