Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Dah lama tak mencoret saya punya blog ni. Minggu lepas anak kurang sihat jadi seminggu saya cuti menguruskan anak yang demam. Jenuh juga bila nak tak selera nak makan, lemah dan asyik baring jer. Ibu yang jadi sedih dah la en suami kursus. Bawa ke klinik rupanya anak saya kena Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Nasib baik demam sehari sahaja. Jom baca sedikit info pasal HFMD
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
(HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan
berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk
ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam
dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan
ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan
enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara
langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka
yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,
tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam
kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang
tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur
(drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke
kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Komplikasi
- Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal
perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan
kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan
selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik
tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat
demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan
pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi
membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan
kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana
tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta
mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat
tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku
anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum
atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah
segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai
gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan
hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan
sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan
kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi
amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat
mengawal rebakan jangkitan.
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Semasa anak saya demam saya ada mandikan anak dan basahkan kepala menggunakan Basic H. Untuk ruam yang naik dibadan saya sapukan Herbal Blend. Alhamdulillah sekarang dah baik dari penyakit itu dan dah mula sekolah.Sekarang tengah bagi antiviral yang telah diberi oleh doktor. Harap sangat penyakit ini tak berulang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??