Khamis, 5 Februari 2015

8 Petua Menghilangkan Jerawat



Jerawat memang ramai yang tak suka. Ada sesetengah orang suka mengamalkan petua tradisional.Pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat. Antara petua yang biasa diamalkan adalah:
  1. Gilingkan daun dan beras sehingga lumat dan bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur di bawah matahari sehingga kering. Apabila anda hendak menggunakannya, titiskan sedikit air limau nipis dan sapu pada muka dengan menggunakan belahan ubi kentang.
  2. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan juga sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 15 - 20 minit . Kemudian basuh muka sehingga bersih. Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus . 
  3. Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esok pagi, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah suam, basuhlah muka dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka dan tempat -tempat yang berparut. Selepas beberapa minit, baru basuh dengan air biasa.
  4. Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa, kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan cara ini setiap hari dan muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. 
  5. Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka dan biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, basuh dengan air bersih atau jika anda ingin cepatkan berkesan, basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut, kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut . 
  6. Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan keping tomato masak. Biar ia kering dan baru anda basuh muka dengan air suam. 
  7. Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka dan sehingga ke leher. Biar beberapa minit supaya ia kering, kemudian basuh dengan air sejuk. 
  8. Memakai bedak sejuk yang dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang telah ditumbuk lumat bersama sedikit kapur. Kacau semua bahan ini sehingga sebati, kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur.



Setiap orang ada cara sendiri untyk hilangkan parut jerawat. Dari senarai diatas mungkin juga ada yang berkesan dan mungkin juga tidak berkesan kepada individu lain. Apa-apapun tak salah untyk mencuba. Anda juga boleh mencuba produk Shaklee untuk Kulit yang berjerawat seperti Vitamin C, Nutriwhite dan Collagen. 








Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??