Assalamualaikum semua...lama dah rasanya saya tak update blog ni...kesihatan tak mengizinkan..sekarang dah ok sikit....dok mengoogle terjumpa tajuk mengenai wanita hamil di bulan puasa...:)
Jom saya kongsikan serba sedikit panduan wanita hamil berpuasa...
Jom saya kongsikan serba sedikit panduan wanita hamil berpuasa...
Bagaimana
saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika
anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh
makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di
antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat
akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang
kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah
cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada
pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip
berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
·
tiga biji kurma dan jus
(bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
·
susu atau yogurt rendah
lemak;
·
sup jernih.
Kemudian,
makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
·
sepinggan salad atau
ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
·
protein daripada ayam,
daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
·
karbohidrat kompleks
daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
·
dan, banyak
sayur-sayuran.
Elakkan
hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan
kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Apakah
saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur
sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada
waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan
nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada
waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
·
nasi beras perang dan
roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
·
bijirin berserat tinggi
atau bran dengan susu skim rendah lemak;
·
dan, buah-buahan
termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan
meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
Saya
suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh
menggantikannya?
Minumlah
jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah
adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan
harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza
dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah
yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk
mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan,
dan:
·
Selepas berbuka, berehat
seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti
ringan.
·
Elakkan makan pada lewat
malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
·
Minum banyak air selepas
berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat
Bagi sesetengah wanita hamil tidak memberi kesan yang ketara untuk berpuasa, namun begitu terdapat segelintir wanita hamil yang menghadapai masalah bila mana hamil di bulan puasa. Petua ini mungkin boleh diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Disamping berusaha untuk berpuasa wanita hamil boleh juga mengmabil makanan tambahan bagi memastikan badan dan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang mencukupi sepanjang berpuasa.
Bagi saya pulak saya amalkan set ni...
Kalau nak yang asas boleh cuba yang ini..
Nak dapatlkan set ni dengan harga murah leh klik sini
Bagi sesetengah wanita hamil tidak memberi kesan yang ketara untuk berpuasa, namun begitu terdapat segelintir wanita hamil yang menghadapai masalah bila mana hamil di bulan puasa. Petua ini mungkin boleh diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Disamping berusaha untuk berpuasa wanita hamil boleh juga mengmabil makanan tambahan bagi memastikan badan dan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang mencukupi sepanjang berpuasa.
Bagi saya pulak saya amalkan set ni...
Kalau nak yang asas boleh cuba yang ini..
Nak dapatlkan set ni dengan harga murah leh klik sini