Sabtu, 18 Oktober 2014

Paraben Free

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Sambil2 blogwalking terjumpa isu PARABEN FREE.....Sebenarnya apa paraben ni ex??Jom baca sikit pasal Paraben.



Apa itu PARABEN???
Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang biasa dan paling luas digunakan dalam produk kecantikan, kosmetik mahupun barangan penjagaan peribadi. Dari segi sains nya, paraben merupakan satu campuran antara asid dan alkohol. Dalam dunia kosmetik dan produk kecantikan, paraben ini berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk dan juga melambatkan pertumbuhan fungi dan bakteria ke atas produk tersebut.


Kesan buruk PARABEN kepada kesihatan kita? 

Antara kesannya ialah bagi wanita kerana ia didakwa menyebabkan kemandulan dan breast cancer.

"Mengikut kajian salah seorang pakar Oncology di England, beliau menjumpai 18 daripada 20 sel pesakit kanser mengandungi paraben."

"Satu kajian di USA pula, penyelidik memang menjumpai paraben dalam sel pesakit barah otak tetapi tiada kajian yang membuktikan bahawa Paraben merupakan sebab utama penyakit ini. Malahan sehingga kini jugak takde lagi kajian yang menunjukkan paraben berbahaya sepenuhnya kepada kesihatan manusia."


Apa yang membimbangan para penyelidik adalah, ada sesetengah pengeluar barangan kosmetik dan penjagaan  kecantikan ini menolak penggunaan paraben sepenuhnya tetapi mencampurkan pula sesuatu bahan kimia lain yang lebih berbahaya daripada paraben. Menurut mereka, pasaran sekarang bila tengok paraben-free saje terus orang akan beli sedangkan bahan yang dicampur menggantikan paraben itu jauh lebih merbahaya dari paraben sendiri! 

Menurut pakar lagi, mereka membimbangkan para pengguna deodorant kerana kebanyakan pesakit kanser adalah dari kalangan mereka yang menggunakan deodorant kerana dikatakan paraben menyerap di bahagian under arm kita dan menyebabkan sel kanser meletus. Walaubagaimanapun, belum lagi ada kajian yang menyatakan secara jelas bahawa paraben menyumbang pada masalah kesihatan dan penyakit kronik ataupun paraben selamat digunakan. Kiranya, 50-50 lah ni.
Tapi, jika ditanya pada mereka yang mengikuti bidang kecantikan ni, memang lama dah mereka jauhkan diri dari produk yang tidak paraben-free. Mereka lebih meyakini produk berasaskan alam semulajadi dan tidak memberi kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia.


Dah tau bahaya paraben kan..jadi jom guna produk SHAKLEE dimana ianya FREE PARABEN tau...