Ramai yang sedia maklum tentang kebaikan banyak makan sayur dan buah-buahan.
Setiap buah-buahan yang berlainan warna memberikan khasiat yang berbeza-beza. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran berwarna merah yang
mampu menjadi penghalang penyakit jantung dan risiko kanser sekiranya selalu
dimakan.
Ubi bit
Warna unggu ubi bit mengandungi pelbagai khasiat. Ia bertindak sebagai
antioksida dan anti inflamasi dan vitamin C yang baik untuk badan. Anda boleh
menikmatinya dengan cara memanggangnya.
Ceri
Buah ini memang mahal harganya namun khasiatnya memang berbaloi jika selalu
dimakan. Tinggi kandungan antioksida membantu meningkatkan kesihatan jantung.
Lada benggala
Lada benggala berwarna merah ini rendah kalori dan kaya dengan vitamin C
serta mengandungi karotenoid yang baik untuk memerangi penyakit jantung. Anda
boleh menumisnya bersama sayuran atau dijadikan bahan untuk telur dadar. Ini
kerana lada benggala mempunyai karotenoid yang memerlukan sedikit lemak untuk
mendapat khasiat sepenuhnya.
Epal
Epal sememangnya terkenal sebagai buah yang baik untuk kesihatan sehinggakan
ada perumpaan Inggeris mengatakan “an apple a day, keep a doctor away”.
Sekiranya anda makan epal secara rutin, anda sudah memenuhi keperluan serat
dalam badan, kesannya sistem pencernaan menjadi lebih baik dan menurunkan
kolesterol.
Limau bali
Limau bali yang berwarna merah hati ini kaya dengan lycopene dan antioksida.
Amalan makan buah ini dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser dan menurunkan
kolesterol.
Delima
Buah delima kaya dengan antioksida yang baik dan boleh mencegah penyakit
jantung serta menurunkan kadar kolesterol. Kandungan serat dan vitamin C dalam
delima baik untuk kesihatan tubuh badan.
Tomato
Tomato kaya dengan lycopene untuk mengurangkan risiko kanser. Tomato juga dapat
meningkatkan kesihatan tulang kerana kandungan vitamin C dan K.
Beri
Keluarga buah beri terdiri daripada strawberi, blueberi, mulberi sememangnya
terkenal dengan tinggi serat, rendah kalori dan kaya vitamin C. Semakin kerap
makan buah-buahan ini ia mampu meningkatkan daya ingatan.
Bersama-sama kita amalkan pemakanan sihat dan seimbang agar dapat mengekalkan kesihatan yang optimum.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh