Rabu, 3 September 2014

Kulit Cantik

Salam semua..setiap bulan Shaklee menawarkan pembelian 6 percuma satu..jadi untuk SEPTEMBER 2014 shaklee menawarkan Shaklee Collagen Powder (SCP)sebagai promosi..



Jadi bulan ni adalah masa yang paling beruntung lau nak beli...untung tau lau beli sekarang...memang berbaloi2..Antara bahan2 yang terdapat dalam SCP adalah 7 bajan aktif selain dari collagen itu sendiri..


Antara kepentingan collagen kepada kulit kita adalah seperti berikut...jadi tak rugi untuk mencuba...



Anda boleh membnadingkan kulit yang medapat cukup collagen dan ynag kekurangan collagen.






Kepada yang ingin mencuba apa lagi yang ditunggu..nak oder sendiri??Klik jer sini



Selasa, 2 September 2014

Jelajah Changchun,China

Semiggu berada di Changchun,China....terfikir dalam hati bertuahnya dilahirkan di MALAYSIA ni...
Disebabkan saya ni jenis susahkan sikit nak terima makanan yang tak biasa makan separuh daripada luggage penuh dengan maggi..


 Jadinya seminggu disana pagi dan malam memamng maggi adalah teman setia saya dan tak lupa SHAKLEE saya bawakan bersama saya...merantau di negara orang memang seronok(lau sekejap lau lama mati kutu gak dah la sorang2) tapi MALAYSIA tetap dihatiku..

Sebelum pegi dah siap2 email dengan organizer cmne suhu sebab takut musim sejuk jenuh kena bawak baju tebal...kata 16degree malam dengar tu agak terkejut...bila sampai sana macam ok la sejuknya tak mengganggu diri ku yang berdarah panas..huhu..Ikutkan organizer tu musim sejuk bulan mei jadi musim sejuk dah lepas...:(

Hari pertama kami ada dinner jadi kami dinner jer la malam...malam kedua semua peserta kursus kuar cari sourvenoir tuk bawak balik MALAYSIA (dan negara masing2 la)..hampa sebab yang ada cuma MALL dimana ada barang2 seperti PRADA dan brand yang mahal2 yang lain...:(

Malam kedua tak putus asa kuar lagi tapi ikut jalan belah kiri pulak...jumpa 2 3 buah gerai macam pasar malam gitu...jadi beli sikit sourvenoir...malam seterusnya kuar lagi..so tambah lagi beli sampai satu kedai saya balun beli key chain..malam sebelum balik sempat la ke kedai yang depa panggil underground market sebab kedainya bawah tangga...masuk jer kedai tu memang banyak kedai TAPiiii most of kedai dah tutup jadi pegi jer kedai mana2 yang buka...so sempat la beli sikit lagi....sampai kedai bawah tangga tu tutup baru kami kuar...dah la bercakap dengan depa pakai bahasa isyarat sebab memang depa tak boleh cakap omputih memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..

4 malam saya kuar cari sorvenoir...cari baju kat anakanda tak dpat memang hampa jer rasa...Dari airport Changchun ker Ghuangzhou ambik masa 4jam...sampai jer Ghuanzhou airport bergegas cari gate tuk ke KUALA LUMPUR...So kat airport Ghuangzhou mata terpandang satu kedai ada jual baju...jadi apa lagi rembat la untuk nakanda walaupun baju mahal sikit la compare dengan kat kedai biasa...so puas ati bila dpat beli kat anakanda...baju gambar panda gitu..

Peluang ke negara orang memang best tapi MALAYSIA tetap di hati..harap belum terlambat untuk saya mengucapkan...

"SELAMAT HARI MERDEKA YANG KER 57 UNTUK MALAYSIA...."
                                                                                                                                                       





















Antara gambar2 yang sempat saya tangkap sepanjang semingu disana..suka sanagt dengan landsakap naga tu...ianya memang dijaga dengan baik.

Makanan untuk rahim

Assamulaikumwarohmatullah hiwabarokatuh...

Bila terbaca tajuk entry yang ni saya sendiri terfikir dua perkara iaitu hamil dan bersalin....apa agaknya terlintas difikiran pembaca sekalian..

Sebagai sesorang wanita rahim adalah organ yang sangat berharga..pengalaman hamil dan bersalin memang pengalaman yang takkan dapat dilupakan oleh setiap insan yang melaluinya...dan setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza2..jom baca serba sedikit informasi yang saya dapat dari pa & ma..


Wanita dicipta oleh Allah SWT dengan keistimewaan di mana dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.
Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.
Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.
Oleh sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).
Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.
Banyakkan juga pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.
Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

Apa yang penting wanita hamil dan lepas bersalin memerlukan nutrisi yang seimbang...
Shaklee menwarkan set hamil dan pantang yang mampu memenuhi keperluan nutrisi.



atau 
atau

atau

Pilihan ditangan anda keperluan nutrien yang seimbnag mat penting untuk wanita mengandung dan berpantang.