Selasa, 7 April 2015

Makanan Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Hamil




Mengandung adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bagi yang menghadapi alahan diawal kehamilan mesti semua makanan rasa susah nak telan tapi bila tempoh alahan berlalu seronoknya makan, tambah lagi tak kisah dengan kenaikan berat badan sebab ada alasan yang munasabah jika ada yang menegur. Walau bagaimanapun, harus diingat, ibu perlu memastikan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan. Ini kerana apa sahaja yang diambil oelh ibu juga akan di serap oleh bayi dalam kandungan.

Tiga nutrien penting yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah vitamin C, asid folik dan kalsium. Cara paling mudah untuk mendapatkan kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian. Antara yang paling baik adalah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.


Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut.

 1.      Kekalkan sistem imuniti
Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

 2.      Tinggi asid folik
Ia menjadikan buah ini terus ideal bagi wanita hamil kerana kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%. Kebanyakan kecacatan berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan. Oleh itu sekiranya merancang untuk hamil, mula makan buah kiwi secara teratur.

3.      Mengurangkan sembelit
Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Ia dapat mengelakkan kanser usus.

4.      Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kesihatan ibu sendiri. Kajian menunjukkan memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

5.      Merendahkan tekanan darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Harap semua yang hamil menjaga pemakanan agar seimbang dan memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Shop SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh