Isnin, 14 Julai 2014

Jom Jadi Ahli

Assalamualaikum...tajuk entry ni JOM JADI AHLI...ahli apa ya??
mmm mesti la ahli SHAKLEE...

 

Ingat lagi masa mula2 saya nak jadi ahli dulu...banyak kali jugak saya fikir sebelum ambik keputusan join shaklee ni...beberapa orang jugak saya bertanya agar keputusan yang saya buat tak salah...tapiiii dua benda yang menyebabkan saya join shaklee adalah nak dapatkan harga murah dan keahlian shaklee ni seumur hidup tak yah la saya nak renew tiap2 tahun macam AEON member card...:)

JOM kita bercerita bagaimana Untuk Menjadi AHLI Shaklee..


YURAN RM65.00 SEUMUR HIDUP (tambahan postage member kit RM10 untuk semenanjung / RM20 Sabah dan Sarawak)


@

Dengan pembelian RM660.00 anda LAYAK mendapat FREE KEAHLIAN



@

Dengan membeli 3 KOTAK COLLAGEN



                       @

Dengan membeli 2 BOTOL VIVIX.


                       @

Bagi maklumat lanjut anda kepada saya untuk saya daftarkan(harganya sama macam yang paling atas ya semua)


MUDAHKAN UNTUK JADI AHLI, HARGA BARANG PUN DAPAT MURAH DARI ORANG YANG BUKAN AHLI..


Sekiranya anda sudah BERKAHWIN secara AUTOMATIK pasangan anda turut menjadi AHLI.


Jumaat, 11 Julai 2014

Puasa Ketika Hamil

Assalamualaikum semua...lama dah rasanya saya tak update blog ni...kesihatan tak mengizinkan..sekarang dah ok sikit....dok mengoogle terjumpa tajuk mengenai wanita hamil di bulan puasa...:)

Jom saya kongsikan serba sedikit panduan wanita hamil berpuasa...

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
·         tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
·         susu atau yogurt rendah lemak;
·         sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
·         sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
·         protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
·         karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
·         dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
·         nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
·         bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
·         dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
·         Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
·         Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.

·         Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat

Bagi sesetengah wanita hamil tidak memberi kesan yang ketara untuk berpuasa, namun begitu terdapat segelintir wanita hamil yang menghadapai masalah bila mana hamil di bulan puasa. Petua ini mungkin boleh diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Disamping berusaha untuk berpuasa wanita hamil boleh juga mengmabil makanan tambahan bagi memastikan badan dan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang mencukupi sepanjang berpuasa.

  Bagi saya pulak saya amalkan set ni...


  Kalau nak yang asas boleh cuba yang ini..


  Nak dapatlkan set ni dengan harga murah leh klik sini

Selasa, 1 Julai 2014

Terawih

Setiap kali tiba bulan Ramadhan yang ditunggu2 satu amalan yang tak dapat dalam bulan lain adalah SOLAT SUNAT TERAWIH...jom kita belajar serba sedikit tentang solat ini...




a) Apa Itu Solat terawih?

Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

b) Bagaimana cara melakukan Solat Terawih Bersendirian?

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.  Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
  1. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

    Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

  2. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
  3. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

c) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Berselawat selepas setiap dua rakaat  tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

d) Niat Solat terawih berjemaah ?

Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat makmum kerana Allah Taala


d) Bacaan selepas setiap rakaat solat sunat terawih berjemaah ?

Pertama : Bacaan selepas rakaat yang ke- 2,6,10,14, dan 18
Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20


Bagi orang yang dah berumur mungkin mengalami masalah sakit sendi untuk melakukan aktiviti ini dengan baik...apa kata hadiahkan set sendi untuk orang tersayang untuk bulan ramdhan ini...tau pun jadikan ianya rutin makanan tambahan untuk mereka bagi meringankan pergerakan harian...

  1. ostematric
  2. Advance Joint health Tablet
  3. Omega guard



Nak dapatkan set ni harga murah jom Klik SINI