Kenangan 12 tahun dulu memang pengalaman yang tidak akan saya lupakan. 5 tahun berada di Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil course Doktor perubatan Veterinar. Saya merupakan pelajar kemasukan 2002-2007, kenangan pahit dan manis saya di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM sehingga sekarang tidak akan dapat saya lupakan.
Bangunan Fakulti yang saya belajar dulu.
Tahun Pertama adalah merupakan permulaan bagi semua pelajar di Universiti. Subjek yang diambil pada tahun pertama masih boleh diterima (pada pendapat saya). Tapi bila masuk tahun kedua (dah start subjek fakuti) satu cabaran belajar dibidang Veterinar kerana sangat banyak Spesis yang perlu dipelajari, dari segi anatomi, patologi dan penyakit. Ada segelintir yang menukar course kerana beranggapan susah untuk meneruskannya. Pernah juga terdetik dihati ingin menukar course (huhu sabor je lar). Sampai tahap pernah juga air mata mengalir (takut tak lulus sebenarnya) sebab rasa dah tak sanggup nak lalui semua tu. Atas nasihat kawan-kawan dan dorongan dari keluarga, saya cuba usahakan juga.
Bilamana masuk tahun ke 4 dan 5, kami dibahagikan kepada kumpulan yang kecil. Satu kumpulkan ada lebih kurang 6-7 orang sahaja. Kami akan bergilir-gilir dengan kumpulan yang lain melalui latihan sama ada klinik,ward and ruminan. Ward lebih kepada menjaga haiwan yang akan melalui proses pembedahan sama ada minor atau major. Klinik pula lebih kepada menjaga haiwan yang telah menjalani pembedahan. Ruminan pula lebih kepada lembu dan kambing sama ada kami keluar ke ladang atau merawat lembu didalam UPM sahaja.
Setiap pelajar Veterinar perlu melakukan pembentangan dua kali sepanjang tempoh pembelajaran. Satu pembentangan untuk small animal dan satu lagi large animal. Pembentangan itu biasanya akan disaksikan oleh satu dewan yang dipenuhi oleh pensyarah dan pelajar sama ada senior ataupun junior. Tahun akhir adalah cabaran yang agak besar dimana kami perlu menyiapkan final year project dan perlu dibentangkan di dewan untuk penilaian markah. Disamping itu kami juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi ujian akhir yang dipanggil comprehensive. Comprehensive terbahagi kepada writing dan oral. Oral pula dibahagikan kepada paraclinical,preclinical dan clinical dan dihadiri oelh internal (pensyarah UPM)dan external examiner (pensyarah luar masa saya dulu dari jepun dan German kalau tak silap).
Pada masa tunggu keputusan ALLAH sahaja yang tahu berdebarnya. Namun begitu Alhamdulillah segala jerih payah saya belajar Veterinar di UPM berbayar dengan kerja saya sekarang dan saya dapat membalas segala pengorbanan yang keluarga saya lakukan. Tahun 2007 saya habis belajar, 2008 say dah berjaya dapat kerja tetap yang saya kerja sekarang. Sekarang selain UPM, UMK juga menawarkan Doktor Perubatan Veterinar. Saya harap semua yang mengikuti bidang ini jangan cepat putus asa, dan pastikan anda minat haiwan semua spesis. Jangan minat kucing jer tau..:)
Bangunan Fakulti veterinar yang baru setelah saya habis belajar disana.
Setiap orang mesti ada kenangan pahit manis semasa belajar dulu. Apa pun kenangan itu mesti takkan kita lupakan.
Jumpa lagi di entry yang lain...
Fakluti Veterinar yang baru sanagt besar..bila masuk rasanya sya boleh sesat..:)
BalasPadamPengalaman belajar kan... memang best... Kak Tun dulu amik course sains kat UiTM shah Alam. Tapi sekarang jadi WAHM lagi best. Terasa dekat dengan keluarga. Dah malas nak kerja dengan orang... hihihi
BalasPadamPetua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin
Lau berkemampuan sya pun nak jadi WAHM jugakkk..
PadamBagus info ni, share byk sikit next time.Anak saya la dok ckp nak jadi ddoktor haiwan,nanti boleh la saya borak sikit nanti kat universiti kena belajar apa. Mmg no idea doktor veterinar ni belajar mcm mana. Saya mmg xde bakat, bela kucing suka, pegang takut hahaha
BalasPadamBoleh..nantui saya selitkan lagi lebih pasal belajar doktor haiwan ni..yang penting kena kuat semangt sebab semua kena handle dari yang halal sampai yang haram sebab depa pun hamba ALLAH jugak..
PadamWah best nyer jadi doktor haiwan.....segala jerih payah ataupun pengorbanan memang disertai dengan air mata. Tetapi itu berbaloi dengan hasil yang kita dapat. Jangan pernah putus asa..insaaAllah apa yang kita buat selama ini akan membuahkan hasil. Tahniah kawan....semoga cerah masa depan mu kelak.
BalasPadamMangapa Peratusan Lelaki menemui ajal lebih tinggi daripada wanita
Seronoknya dapat belajar tentang haiwan. Saya suka tengok haiwan-haiwn seperti kucing semua tu tapi sangat geli nak pegang. mungkin sebab rasa bulu nya yang lembut menggelikan saya. Tahniah buat Niny
BalasPadamPesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...
Kalau belajar semua kena pegang...dari sekecik2 tikus dan sebesar2 kuda(takpernh pegang gajah)..
BalasPadamItulah antara setiap cabaran yang para pelajar hadapi. Lain kos lain ragam. Anyway seronok baca cerita2 yang berkaitan dengan doktor nie. Hahaa..Masa sekolah minat biologi ja. subjek fizik, kimia xminat. tak tahu lah kenapa..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> ANTARA YANG SERING ORANG TANYA TENTANG SHAKLEE
Betul lain bidang lain pengalaman...
PadamMemang banyak kenangan pahit manis semasa bergelar pelajar ni. Bila dikenangkan kembali, nak tergelak pun ada.
BalasPadamBaca Kelebihan Solat Dhuha
Teringat sangat kat kwn2 ms beljar dulu...
PadamKenangan wak bljar mmg indah...Rindunya kt kengkawan batch tahun 2000-2003 kt uitm dungun...
BalasPadamset perut kempis pilihan ramai
Rindu kn zaman student dulu2...
PadamSeronok bila kenang kembali Saat bergelar student kan..
BalasPadamTips-memikat-jejaka-pujaan
Dari sekolah sampai universiti pengalman tu takn hilang...
PadamBestnye dapat belajar tntang haiwan...banyak kenangan msa study dlu...
BalasPadamBestnya jadi doktor haiwan..mesti niny suka haiwan kan :-) saya ni jenis boleh menangis kalau kucing yang saya bela mati..hehe
BalasPadamMakanan Yang Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu
Bestnya kak niny.. Pengalaman blajar Mmg Sgt sweet Walaupun pnat.. Sbnrnya zaman kerja lagi Penat.. Rasa mcm nk smbung study lagi je.. Tnggl di hostel.. Hehe.
BalasPadamCARA MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK SOLEH
Sy rasa bangga ada doc vet melayu. Dulu teringin gak nk jd vet, tp penakut nk belah2 ni. Huhu.
BalasPadamTips & Info >>> AWAS! Jangan Abaikan Kesihatan Si Manja Anda
Seronok ya boleh jadi doktor haiwan ni...semua jenis haiwan boleh rawat...tapi saya tak suka haiwan...huhu
BalasPadamSepupu sy ada ambil course ni di upm..dah jadi dr haiwan dahh. Dulu dia penah jaga kuda
BalasPadamSemasa tempoh bekerja
CARA SHOPPING DI ASTRO
Kenangan belajar adalah kenangan terindah. Satu entri yang menarik untuk disimpan didalam blog sebagai kenangan.. Ada masa layari Aju@VitaSyopz blog di ajusyopz.blogspot.com
BalasPadamTahniah niny...saya kagum dengan doktor haiwan..yerlaa bukan senang kan...masa muda2 dulu pernah terfikir untuk ceburi bidang nie..tapi tak yakin..mungkin bukan rezeki saya...
BalasPadamMengatasi Masalah Haid Tidak teratur
Pernah berangan nak jadi doktor haiwan..tapi masa matrikulasi tak pas bedah tikus..nak pitam
BalasPadamMengidam Sotong Kangkung
pengalaman belajar masing-masing pastinya ada yang pahit ada yang manis..
BalasPadamkenangan belajar... rasa nak pergi semua ke zaman itu... xdpt di lupa kan..
BalasPadamKenangan belajar dulu memang best. Hujung minggu penuh aktiviti humanitarian pula. Memang best. Kini wahm laagi best hehe. Berkepit dengan suami dan anak
BalasPadamWahm tu ape sebenarnye? Huhu
PadamWahm tu ape sebenarnye? Huhu
PadamWAHM -work at home mum
Padampuan ambik diploma atau asasi dulu? apa syarat kelayakan? TQ
BalasPadamsaya ambik matrikulasi and mohon ke DVM.honestly cakap dah lupa kelayakan..boleh semak kelayakan ikut universiti yang mnawarkan course..sekarng di Mlaysia ada 2 UPM dna UMK
Padampuan ambik diploma atau asasi dulu? apa syarat kelayakan? TQ
BalasPadamassalamualaikum.. saya nak tanya pendapat.. saya br saja ditawarkan ke matrikulasidlm aliran sains dan saya juga ditwarkan diploma kesihatan haiwan dan penternakan di upm kampus bintulu.. saya sgt2 bermint utk menjadi seorg doktor haiwan.. jadi manakah jalan yg lebih baik utk saya ambil? samada ke mtrik atau mengikuti diploma yg ditawarkan?? terima kasih
BalasPadamkedua2nya nukan jaminan. if ambik matrik dulu then kena mohon juga untuk sambung DVM and jika sambung DKHP juga kena mohon untuk sambung DVM ikut kelaykan semasa nak mohon..cuma matrik setahun DKHP 3 tahun..
PadamAssalammualaikum. Nak ambil course ni termasuk matapelajaran fizik tak?
BalasPadammasa matrik saya tak ambil fizik
Padamsaya lepasan spm 2016..kalau nak ambil bahagian veterinar ni first kena ambil diploma kesihatan haiwan & penternakan ya ? kalau saya ambil dip dalam perubatan awam blh ke ?
BalasPadamSalam niny... sy nak tanya masalah kucing saya boleh? Semalam sy bw kucing sy ke vet... vet kata ada batu karang dan dimasukkan tiub pd salur kencingnya. Dijadualkan tiub tu dibuka pd hari esk, tp hari ni kucing sy dah cabut sendiri tiub tu.. apa yg perlu sy lakukan.. tgk dia struggle nak kencing, tak keluar pun kencingnya.. tp selepas discharge semalam, vet bekalkan ubat utk lawas kencing, antibiotik, bladder, krim luka & batu karang.. pls help me
BalasPadamHai, doctor, sy nak tanya kalau sy boleh ceburi bidang vet. Sy Bukan dari kelas sains. Sy dari kelas art. Tapi spm sub sain dpt B. Boleh tak Dr bg apa2 tips. kalau sy masuk stpm mcm mana. Ambik bidang apa. Sy ada harapan ke Dr. Pls... Help.
BalasPadamSaya ingin mendapatkan contact doktor untuk bertanya beberapa soalan. Tolong email saya di firdauszul_9430@yahoo.com. URGENT!!!!
BalasPadamDoakan saya untuk jadi doktor viterina Kak niny
BalasPadamSalam anak berminat utk mengikuti kursus doktor veterinar..boleh bg flow/cara utk masuk bidang ni...anak calon spm 2021/2022
BalasPadamWah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet software
BalasPadam