Jumaat, 20 Januari 2017

Pengalaman Keguguran




Tahun 2014 pengalaman yang perit bagi saya untuk melupakan. Dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri saya keguguran anak ke 4. Tanda-tanda awal keguguran keluar darah (stain) tapi saya tak perasan sebab takde pengalaman. Masuk hari kedua keluar darah (stain) dan saya pun dah balik kampung untuk menyambut Hari Raya, saya terus ke klinik untuk mengesahkan kenapa ada darah. Doktor kata denyutan jantung bayi dah takde (masa tu ALLAH saje yang tau apa perasaan saya). Doktor bagi 2 pilihan nak cucuk ubat untuk cepat turun atau nak ianya kuar natural. Tapi doktor suggest natural sebab lagi 2 hari nak raya. Esoknya saya mula rasa contraction seperti nak bersalin (memang sakit macam bayi nak kuar). Selepas janin kuar (sempat tengok sambil nangis),  berlaku pendarahan yang banyak sehingga saya terpaksa dibawa ke Hospital dengan bantuan ambulan sebab risau kesesakan jalan raya musim nak raya ni. Sampai hospital dah cuci bagai sebelum buka puasa Doktor bagi kebenaran balik. Jadi tahun tu tak Raya sangat sebab macam-macam nak kena pantang. Satu pengalaman yang takkan saya lupa. Jika masih hidup bayi saya umur sekarang dah 2 tahun lebih.

Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? 

Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.

Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Macam saya tempoh hari berpantang sama seperti bersalin cuma tak sampai 44 hari. Lebih kurang 2 minggu saya berpantang. Shaklee yang saya ambil semasa mengadung saya sambung makan untuk tempoh berpantang. 

Alhamdulillah selepas setahun menuggu untuk hamil lagi saya di sahkan hamil anak ke 5. Memang berhati-hati untuk anak yang ke 5. Yang no 5 pun ada ceritanya. Nanti next entry saya cerita pengalaman hamil no 5.

CoQhealth outstok
GLA complex saya makan untuk kesuburan sebelum hamil anak yang ke 5


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
Page: Gallery DR NF 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka

Khamis, 19 Januari 2017

PENGALAMAN DI VIENNA, AUSTRIA






Pertama kali dapat tahu kena pergi kursus ke Vienna, Austria dalam mesyuarat. Pengarah tanya camtu je "Dr Niny boleh pergi kursus ni"..masa tu jawapan yang saya bagi "Insya  Allah" (masa tu taktau kursus apa). Lepas dah tau kena pergi rupanya tarikh hantar maklumat yang penganjur nak adalah pukul 5 petang, padahal mesyuarat kami hari tersebut adalah 3 petang. Selesai mesyuarat bergegas la kami settlekan semua maklumat penganjur perlukan termasuk salinan pasport. Nasib baik pasport belum tamat tempoh dan nasib baik juga la beza masa di Vienna, Asutria tu lebih lambat dari Malaysia jadi sempat kami isi maklumat secara online dan submit walaupun kalut. Lepas hantar permohonan tak terfikir pun pasal nak pergi sebab hantar pun last minit,dok fikir mungkin tak dapat tetiba dapat maklumat diterima untuk pergi.

Bila tengok kursus terkejut bulan PUASA...stress..setiap kali pergi nape la bulan PUASA..nasib badan la masa pergi Bangkok 2012 pun bulan puasa. Dok kat tempat org ni bukan senang nak cari makanan HALAL. Nasib baik tak pegi sorang ada kawan sorang lagi. Dua tiga hari sebelum bermulanya puasa kami bertolak dari airport IPOH-SINGAPORE-ABU DHABI-VIENNA. Memang perjalanan yang memenatkan sebab banyak sangat transit tambah lagi tuko flight beza company jadinya luggage memang perlu diambil dan di check in semula.

Walaupun penat pengalaman ditempat orang memang sukar untuk lupa. bukan selalu boleh pergi tempat orang. Tapi bagi saya biar la HUJAN EMAS DINEGARA ORANG, HUJAN BATU DINEGARA SENDIRI, NEGARA SENDIRI TETAP BEST


Dapat katil single je sebab setiap peserta sorang satu bilik


Nasib baik hotel ni ada dapur sebab bulan puasa

Pemandangan dari Balcony hotel

SHAKLEE tak lupa untuk dibawa..huhu

Dapat sourvier masa kat airport Sinagpore sebab jawab survey yang airport buat

Tempat ambil duit poket dari penganjur


Bangga jumpa bendera MALAYSIA kat Austria


Syiling ni saya kumpul untuk kenangan

Hotel yang didiami



Bersama Ibu Ana dari Indonesia

Budak-budak tetiba datng nak ttnagkap gambar jugak denagn kami.



Disatu sudut kawasan Muzium

Salah satu hentian train

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
 Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 Facebook: Niny Fariza 
 Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka

Rabu, 18 Januari 2017

Jasmine Blouse

💋💗JASMINE BLOUSE💗💋

💟Diperbuat daripada material COMO CREPE yang selesa, TIDAK PANAS,LESS IRON, serta MUDAH DIURUS

💟Didatangkan dengan 4 warna yang menarik

💟Dilengkapi hidden zip di dada bagi memudahkan penyusuan dan di lengan bagi pengambilan wuduk.

💟Rekaan dengan hiasan piping yg bakal menampakkan si pemakai bertambah tinggi dan langsing

💟Boleh digayakan ke pejabat atau santai oleh semua peringkat umur

💟Potongan slim cut @ normal cut

💟Kini HANYA RM65 dan FREE postage (NP :RM89)

































Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
Page: Gallery DR NF 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka