Rabu, 25 Mac 2015

Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi



Sebut pasal episiotomi mesti rasa ngeri (termasuk la saya). Bagi yang pernah ada pengalaman melaluinya, ia adalah pengalaman yang tak akan dilupakan.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu episiotomi jom ambil tahu lebih lanjut apa itu Episiotomi??

Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung. Bagi yang menuggu masa untuk melahirkan mesti rasa risaukan, Bagi penndapat saya perkara macam ni jangan difikir sangat, bila kontraksi berlaku redah. Bagi yang mengandung anak pertama asas episiotomi perluu ambil tahu supaya tidak terkejut.


Ia adalah merupakan proses yang tidak menyakitkan (pandangan berbeza-beza mungkin ada yang rasa sakit, bagi say tak sakit sebab fikiran lebih kepada nak melahirkan anak). Walaupun episiotomi tak sakit, dugaan semasa pihak hospital menjahit luka adalah mimpi ngeri bagi saya (sakit proses menjahit bagi saya, tambah lagi kalau lama proses menjahit tu berlaku). 

Proses pemulihan luka episiotomi juga terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar (kes ini bergantung kepada individu). Bagi saya anak pertama memang rasa sukar sebab takde pengalaman. Nak ke bilik air untuk pertama kalipun rasa sangt takut. Bila anak kedua dah jadi alah bisa tegal biasa. Masuk anak ketiga lepas bersalin terus nak jalan (nurse marah suruh duduk atas kerusi roda).


Walaubagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian dari rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).


Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :


*Bahu bayi tersekat.

*Bayi bersaiz besar.

*Otot perineal yang keras dan tidak anjal.

*Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.

*Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.


Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi


     1.      Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.



     2.      Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.



     3.      Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.



    4.      Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.



     5.      Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.



    6.      Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.



     7.      Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.



     8.      Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.



     9.      Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.



   10.  Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.
    
   Anda boleh mencuba set berpantang SHAKLEE untuk membantu luka cepat cepat sembuh dan badan lebih segar.
   Pengalaman saya melahirkan anak ketiga dengan kesihatan yang baik dengan izin ALLAH.


 Nak cuba boleh contact saya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Selasa, 24 Mac 2015

Makanan Dilarang ketika Hamil




Biasa dengar tak pantang larang semasa hamil/mengandung??
Zaman moden sekarang dah ramai yang tak ambil peduli tentang pantang larang. Sebenarnya bagus juga mabil tahu tentang pantang larang ni, untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.

Sebaik sahaja mengetahui diri mengandung, kita sering kali dipesan oleh ramai orang terutama orang tua-tua supaya jangan makan makanan sembarangan. Pantang larang tersebut sememangnya wajar bertujuan untuk menjaga kandungan agar sihat dan terhindar daripada sebarang masalah.
Jadi harini saya nak kongsi beberapa jenis kumpulan makanan yang mesti dijauhkan sepanjang tempoh mengandung/hamil.
  1. Makanan/minuman berkafein
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan yang sewaktu dengannya boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.
  1. Gula
Kurangkan pengambilan gula ketika mengandung. Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.
  1. Vitamin A
Makanan yang tinggi kandungan vitamin A perlu dielakkan. Contohnya seperti suplemen minyak ikan. Ini kerana vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam penggunaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan.
  1. Makanan tinggi merkuri
Ikan-ikan seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
  1. Makanan mentah
Untuk sementara waktu elakkan makanan mentah seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan.

Jadi bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa cukup nutrien boleh cuba supplemen untuk ibu hamil/ mengandung.  










Anda boleh memilih set yang diingini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Isnin, 23 Mac 2015

Jom Belajar Pasal Sperma



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..


Harini rasa macam nak bercerita pasal sperma. Ada yang tak tahu apa itu sperma??mesti semua tahukan..


Bab-bab ini memang en suami memang terror (bukan memuji suami sendiri). Saya cakap macam tu sebab en suami kerja di Unit Pembiakbakaan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Jadi ini memang kerja harian dia benda-benda berkaitan sperma ni. Kerja suami adalah buat Artificial insemination kat lembu atau kambing. Jadi sebelum buat dia akan check kualiti sperma yang nak digunakan.


Nak tau tak bagaimana nak ukur spema berkualiti atau tidak?


Sperma diukur dari 3 aspek UTAMA (sebab banyak lagi aspek lain) iaitu:


1. Kuantiti Sperma




Kebiasanya jika berkualiti mesti sperma banyak dimana ia memberi lebih peluang untuk bersenyawa dengan ovum seterusnya boleh menghasilkan zuriat. Ada juga kebenarannya. Kalau sikit bagaimana nak ada peluang yang lebih tinggi untuk persenyawaan untuk berlaku,betul tak.


Bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma yang kurang, ada kemungkinan juga beliau akan berhadapan dengan masalah kesuburan. Kesuburan pada lelaki selalu dikaitkan dengan bilangan sperma yang tidak mencukupi.


Kebiasaanya jika berjumpa doktor, mereka akan menyarankan pesakit tersebut untuk mengambil zink. Biasanya akan diberi dalam bentuk pil. Atau akan dinasihatkan mengambil makanan yang mengadungi sumber zink.




2. Motiliti Sperma (keupayaan bergerak)




Untuk memastikan persenyawaan berlaku sperma perlu bergerak ke Ovum. Oleh sebab itu keupayaan bergerak juga amat penting untuk memastikan spema tersebut berkualiti. Jika kuantiti sahaja yang banayk tetapi spermanya tidak sampai ke ovum maka tiada persenyawaan yang akan berlaku.


3. Keadaan rupa bentuk (morphology)



Ciri yang ketiga dimana tidak kurang penting iaitu keadaan rupa bentuk sperma sendiri. Sperma perlulah sempurna bagi memastikan ianya berkualiti dan persenyawaan berjaya.



Bagi sesiapa yang menghadapi masalah dalam mendapatkan zuriat segeralah berjumpa Doktor anda ATAU anda boleh cuba Vitamin Kesuburan Lelaki.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??