Ahad, 8 Februari 2015

Promosi 1 FEB 2015 :Ostematrix

Bulan Februari 2015 Shaklee menawarkan promosi untuk 4 produk….WOW..Harini saya nak kongsikan salah 1 dari 4 barang iaitu OSTEMATRIX.






Testimoni yang berpuashati dengan ostematrix

 




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=00cada81b307d5db4a1920b952e2137e
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Sabtu, 7 Februari 2015

Kepentingan Zinc Dalam Badan


Kebiasaanya orang mengambil mudah pengambilan zinc oleh tubuh badan. Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.Zinc merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein.

Antara fungsi zinc yang kita perlu tahu adalah untuk:-

1. PENJAGAAN KULIT

  • Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. PENYEMBUHAN LUKA

  • Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)

  • Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

4. RAMBUT

  • Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah rambut gugur. Pakar Rambut  turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana ianya kaya dengan Zinc.

5. KESUBURAN

  • Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
  • Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.


6. EKZEMA

  • Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
  • Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.


7. JERAWAT

  • Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripada kulit.
  • Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.

  • Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.


8. FUNGSI BIOLOGI

  • Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

 
9. JANGKITAN

  • Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.

  • Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

10. ANTIOKSIDAN

  • Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.


11. ATURAN ENZIM

  • Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.


12. KELESUAN KRONIK

  • Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

13. KEHILANGAN TULANG

  • Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.


14. RABUN MALAM

  • Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.


15. MENGANDUNG

  • Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Banyak kepentingan yang ada pada zinc. Kepada sesiapa yang belum mengambilnya boleh la berbuat demikian. Shaklee turut menawarkan Zinc complex.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60b7f5df725c5166ab342f2eeb9244ad
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Khamis, 5 Februari 2015

8 Petua Menghilangkan Jerawat



Jerawat memang ramai yang tak suka. Ada sesetengah orang suka mengamalkan petua tradisional.Pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat. Antara petua yang biasa diamalkan adalah:
  1. Gilingkan daun dan beras sehingga lumat dan bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur di bawah matahari sehingga kering. Apabila anda hendak menggunakannya, titiskan sedikit air limau nipis dan sapu pada muka dengan menggunakan belahan ubi kentang.
  2. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan juga sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 15 - 20 minit . Kemudian basuh muka sehingga bersih. Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus . 
  3. Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esok pagi, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah suam, basuhlah muka dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka dan tempat -tempat yang berparut. Selepas beberapa minit, baru basuh dengan air biasa.
  4. Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa, kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan cara ini setiap hari dan muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. 
  5. Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka dan biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, basuh dengan air bersih atau jika anda ingin cepatkan berkesan, basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut, kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut . 
  6. Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan keping tomato masak. Biar ia kering dan baru anda basuh muka dengan air suam. 
  7. Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka dan sehingga ke leher. Biar beberapa minit supaya ia kering, kemudian basuh dengan air sejuk. 
  8. Memakai bedak sejuk yang dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang telah ditumbuk lumat bersama sedikit kapur. Kacau semua bahan ini sehingga sebati, kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur.



Setiap orang ada cara sendiri untyk hilangkan parut jerawat. Dari senarai diatas mungkin juga ada yang berkesan dan mungkin juga tidak berkesan kepada individu lain. Apa-apapun tak salah untyk mencuba. Anda juga boleh mencuba produk Shaklee untuk Kulit yang berjerawat seperti Vitamin C, Nutriwhite dan Collagen. 








Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??