Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja ibu hamil. Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu disahkan mendapat tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 kehamilan dan tiada protein dalam air kencing anda, anda mungkin didiagnos dengan masalah hipertensi akibat kehamilan. Sementara tekanan darah tinggi dengan kehadiran protein dalam air kencing pula menandakan masalah praeklampsia.
Tetapi jika anda sudah pun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, atau didiagnos sebelum 20 minggu kehamilan, ia dikenali sebagai kronik hipertensi. Selagi kronik hipertensi kekal pada tahap rendah hingga sederhana, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah dalam kehamilan.

Masalah hipertensi akibat kehamilan berisiko berlaku ke atas wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dianggarkan kira-kira 10 peratus wanita mempunyai BMI 30 atau lebih akan mengalami hipertensi akibat kehamilan, berbanding hanya empat peratus wanita dengan BMI 19 hingga 25.
Masalah hipertensi akibat kehamilan biasanya pada tahap rendah dan mungkin tidak akan menyebabkan masalah yang ketara pada ibu atau bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun lebih awal ia berlaku, lebih besar risiko bayi bersaiz lebih kecil daripada usianya atau ia berkembang menjadi praeklampsia. Risiko praeklampsia akan meningkat jika ibu obes atau mempunyai berat badan berlebihan atau berat badan bertambah dengan banyak semasa hamil.

Oleh itu penting bagi ibu hamil menjalani semua pemeriksaan antenatal kerana daripada situ doktor akan memeriksa tekanan darah ibu. Sekiranya bacaan menunjukkan peningkatan, doktor akan memantau serta mempreskripsikan ubat bagi merawat masalah tersebut.

Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.

Saya berharap sangat kawan saya tu kembali normal...:)

Shaklee ada menawarkan set Darah Tinggi